Hai, ya mesti ramai tahu Splash Mania Gamuda Cove akan dibuka pada 6 Februari 2023 nanti bersamaan Hari Isnin. Waktu tu cuti sambutan Thaipusam.
Tapi, ramai baru tengok lakaran artis atau ilustrasi Splash Mania saja kan. Contohnya macam di bawah ini
Preview Splash Mania Gamuda Cove
Tapi, kami yakin masih ramai belum tengok lagi gambar sebenar keadaan dalam taman tema ni. Haaa, sebelum bercadang nak pergi kena lah tengok dulu gambaran sebenar. Ye tak ? Haaa, Ini ada 'sneak peek' sikit kawasan sebenar Splash Mania. Weee !
Tak puas lihat gambar ? Jom kita tonton video-video pula !
Apa Yang Menarik di SplashMania Gamuda Cove ?
Splash Mania di Gamuda adalah merupakan taman air bertemakan hutan hujan yang terbesar di Asia tau ! Dalam ni ada 39 permainan menarik. 24 daripadanya adalah gelongsor air (waterslide) dan 15 tarikan !
Harga Tiket Splash Mania Gamuda Cove
Sempena pembukaan, Splash Mania Gamuda Cove membuat promosi bagi pengunjung terawal ke taman tema mereka.
Bagi dewasa, RM79 dan RM63 bagi kanak-kanak. Harga tiket ini termasuk dengan gambar digital tanpa had. Gambar digital anda akan ditangkap oleh jurugambar.