Berita baik untuk siapa yang nak ke Jakarta atau Surabaya. Sekarang anda boleh rasai tempat duduk mewah bukan dengan kapal terbang tetapi dengan kereta api. Argo Bromo Anggrek Sleeper Train merupakan kereta api kelas mewah yang menawarkan tempat duduk setara tempat duduk penerbangan kelas peniagaan.
Masa diambil untuk laluan Jakarta – Surabaya sepanjang 730km hanya 9 jam berbanding 12 jam menggunakan kereta api biasa.
Menawarkan masksimum 18 tempat duduk dalam satu gerabak membuatkan susun atur kerusi penumpang seakan di dalam kapal terbang! Berbanding tempat duduk kereta api biasa, tempat duduk kereta api mewah ini lebih privasi dan dilengkapi dengan kemudahan multimedia dan loker berharga.
Bagi yang ingin merasai dan mencuba sendiri pengalaman menaiki kereta api ini, harga tiket dijual bermula dari Rp1.2 juta (RM350+) dan penumpang dapat menikmati kemudahan mewah ini, bersama dengan makanan percuma.