HalalXPlorer Logo
umrah kanak kanak kids umrah tips
09 March 2023

Tak Perlu Tunggu Cukup Umur. Kanak-Kanak 12 Tahun ke Atas Pun Dah Boleh Tunai Umrah !

Kongsikan:

Kementerian Haji dan Umrah membenarkan jemaah asing berusia 12 tahun dan ke atas untuk menunaikan umrah, sekali gus membatalkan syarat sebelum ini yang meletakkan had umur pada 18 tahun dan ke atas.

Berdasarkan peraturan baharu itu, semua rakyat Arab Saudi termasuk dari negara-negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan jemaah asing yang berusia 12 tahun ke atas kini dibenarkan untuk menunaikan umrah, solat di Masjidil Haram dan Al-Rawdah Al-Sharif di Masjid Nabawi serta menziarahi makam Nabi Muhammad.

Permit umrah boleh dimohon menerusi aplikasi Tawakkalna, dengan syarat mempunyai status kesihatan yang baik.

Bagi prosedur mengerjakan umrah pula, warganegara GCC perlu mendaftar buktiĀ  status vaksinasi mereka pada platform Muqeem, manakala jemaah dari negara-negara lain pula perlu mendaftar pada platform Qudoom.

Kesemua jemaah kemudiannya perlu mengemas kini status kesihatan mereka pada aplikasi Tawakkalna dan Eatmana sejurus tiba di Arab Saudi.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA