Jabatan Peranskaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan data berkenaan jumlah kemasukan pelancong ke setiap negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2021.
Nampak gayanya, Johor bukan sahaja mengungguli carta bola sepak negara malah menjadi negeri tertinggi menerima kedatangan pelancong pada 2021 mengikut Survei Pelancongan Domestik, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) iaitu seramai kira-kira 1.8 Juta orang.
Tahniah JDT, luaskan kuasamu.
Negeri-negeri lain juga meriah dengan kehadiran pelancong yang tinggi pada tahun lepas. Antaranya adalah Perak yang menduduki tangga kedua dengan kehadiran kira-kira 1.4 Juta orang, negeri Pahang seramai 1.3 Juta orang, Negeri Sembilan 1.2 Juta orang dan juga Selangor turut menerima kemasukan 1.2 Juta orang pelancong.