Kalau ada masa boleh singgah bersarapan di sebuah kopitiam kecil di Taman Keramat.
Berlokasi di sekitar Flat Taman Keramat, Ampang dan mereka beroperasi 7.30 pagi sehingg 12.30 tengahari sahaja setiap hari, kecuali selasa.
Terdapat pelbagai menu sarapan pagi yang lazat untuk anda nikmati seperti roti bakar arang, roti bakar telur goyang, mee wantan, nasi lemak daun pisang dan kopi kaw!
Tempatnya agak kecil dan 'comel' sahaja. Jadi, bila anda datang ke sini anda perlu dapatkan nombor giliran dulu ya.
Lokasi
Kopitiam 143 , AJ25 Flat Taman Keramat, Taman Keramat, 54200 Ampang Jaya, Selangor