Hayaso Kopi & Pancake di Gombak ! Ingatkan kafe style macamni ada dekat Thailand je rupanya ada dekat Gombak ! Memang cantik, comel molek kabin yang digunakan.
Ini dia Hayaso. Kopi & Pancake di Taman Gombak Ria 2. Buka pada waktu 5:30 petang hingga lewat malam. Ada minum-minum kopi dan juga pancake dengan pelbagai jenis 'topping'.
Memang seimbang kombinasi dia. Kalau kopi saja, sepi. Pancake pula manis potong kaki. Ada kedua-dua sekali baru jadi !
Pahit dan manis walaupun berlawanan, tetap tidak dapat dipisahkan. Itu barulah kehidupan. Hehe.
Alamat
hayaso.kopi & Pancake, 32, Jalan Gombak Ria 2, Taman Gombak Ria, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi
5:30 PM - 11:30 PM (Tutup Isnin)