Kadang-kadang, bila makan di luar, bukan sahaja jenis & rasa hidangan yang kita mahukan kelainan. Tetapi, suasana restoran pun mestilah unik dan lain daripada lain. Barulah rasa berbaloi makan di luar.
Di Johor Bahru, ada satu restoran mempunyai satu konsep yang sangat menarik & unik iaitu meja makan anda seolah-olah berada di dalam 'sampan' ! Restoran ini juga dihiasi dengan lukisan mural lautan di dinding, dan hiasan bertemakan nelayan untuk meningkatkan pengalaman menjamu selera. Dari segi ruang pula, memang terbaik sebab ia mempunyai 2 tingkat dan ruang makan yang luas.
Konsep ini memang kena sangat dengan nama restoran mereka iaitu Sampan Seafood & Shellout JB Style.
Terletak di Pasir Gudang, Johor, kedai makan milik Muslim ini Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis masakan makanan laut dengan harga mesra poket terdiri daripada ketam, kerang, kerang, ikan pelbagai jenis dan makanan laut lain.
Dalam nama restoran pun dah ada perkataan 'Shell Out', dah tentu ini adalah menu yang wajib dicuba. Pelbagai makanan laut dimasak bersama, dan dibanjiri dengan sos istimewa mereka kemudian digandingkan dengan nasi putih atau nasi goreng, anda pasti akan kagum dengan kelazatan hidangan mereka !
Jadi, kepada para peminat makanan laut, jangan lupa datang ke sini, bawa keluarga sekali ! Untuk orang JB, jangan gelar diri peminat hidangan laut kalau belum pernah jejak ke Sampan Seafood & Shellout JB Style !
Alamat & Waktu Operasi
? Sampan Seafood & Shellout JB Style, No 18, Jalan Ekoperniagaan 1, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
Waktu Operasi: 4 PM – 12 AM (Dibuka Setiap Hari)
Nombor Telefon : +60 11-1009 9834