HalalXPlorer Logo
bawa kanak kanak pelancong menjadikan mereka lebih bijak
09 February 2023

Kajian Mengatakan 'Travel' Dapat Membantu Anak Menjadi Lebih Bijak

Kongsikan:

Satu kajian baru menunjukkan bahawa jika anda mahu anak-anak anda menjadi lebih berjaya di sekolah, anda perlu membawa mereka bercuti atau melancong dengan lebih banyak.

Satu kaji selidik terhadap 1,500 guru di Amerika Syarikat mendapati bahawa 74 % pendidik percaya bahawa melancong memberi kesan yang sangat positif terhadap pembangunan peribadi pelajar. 56% guru juga percaya bahawa kesan positif melancong dapat disalurkan kepada pendidikan dan kerjaya pelajar.

Kajian Mengatakan Travel Bersama Anak Membantu Mereka Menjadi Lebih Bijak

Melancong boleh memberi impak positif yang luas kepada anak-anak. Guru-guru bersetuju bahawa kanak-kanak yang mengembara untuk mengenali budaya luar dapat meningkatkan toleransi dan penghormatan dalam diri kanak-kanak itu sendiri, kesediaan untuk belajar dan bersedia untuk mencuba perkara-perkara baru.

Bukan itu sahaja, guru-guru percaya bahawa selain membantu kanak-kanak di dalam kelas ianya juga boleh membantu kanak-kanak di taman permainan. Kanak-kanak yang mengembara lebih cenderung mempunyai sifat berdikari yang lebih tinggi, punyai harga diri, keyakinan, mudah adaptasi dan sensitiviti kepada sesuatu perkara. Mereka juga lebih cenderung untuk menjadi lebih kehadapan dan mempunyai ekspresi diri lebih baik daripada anak-anak yang hanya duduk di rumah.

Walau bagaimanapun, aktiviti yang berkesan tidak semestinya perlu dikunjungi di seluruh dunia untuk meneroka kebudayaan yang jauh berbeza daripada budaya tempatan. Malah melancong atau bercuti di dalam negeri tetapi ke bandar juga dapat memulakan pembelajaran dan pemahaman global kanak-kanak.

Tetapi, ada satu statistik mengatakan kanak-kanak yang dibawa bercuti atau melancong hanya akan membuat mereka mahukan lebih lagi. Daripada guru yang ditinjau, 76% mengatakan bahawa mereka melihat kanak-kanak ingin pergi bercuti lagi selepas selesai satu percutian.

Apa pula pendapat anda sebagai ibu bapa?

Sumber: Artikel asal oleh Travel and Leisure

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA