HalalXPlorer Logo
5 kafe best di lembah klang
13 October 2022

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best & Unik di Lembah Klang

Kongsikan:

Hai Coffee Lovers ! Nak pergi ke kafe untuk dapatkan dos kaffein yang anda perlukan ? Jom kita cuba tengok 5 kafe menarik di sekitar Lembah Klang ini yang ramai tak tahu. Lagi best, semua kafe ini adalah mesra Muslim !

1. Bayang Coffee & Co.

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee
Kredit : Bayang Coffee

Bayang Coffee adalah jenama kafe lokal yang mempunyai 3 cawangan. Kafe ini terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Menara UOA Bangsar dan juga SCKL.

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee
Kredit : Bayang Coffee

Menariknya, mereka menawarkan kopi yang menggunakan biji organik terbaik dunia di dunia dari Gunung Gayo, Sumatera. Kopi Gayo adalah 100% ditanam secara organik, dan dijaga dengan teliti oleh petani tempatan di Sumatera dengan mengikut peraturan dan amalan yang ketat.

Kopi Gayo ini diusahakan, dituai dan diproses secara semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia atau racun perosak, kopi dengan rasa lembut ini menghasilkan kopi mempunyai rasa yang mendalam dan kaya. Kopi Sumatera organik ditanam pada ketinggian 1,500 - 5,000 kaki di wilayah utara Sumatera dan dibeli terus daripada petani.

2. Kopi Kisah Kita

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita
Kredit : Kopi Kisah Kita

Dengan tagline mereka 'Kopi Menusuk Kalbu', Kopi Kisah Kita menjadi tular disebabkan banyaknya penggunaan ayat menarik dalam menu dan juga hiasan di dinding-dinding kafe mereka. Sebagai contoh, ini adalah senarai menu minuman mereka :

?Kopi Kisah Kita (Kopi Susu Gula Perang)

?Kopi Kenangan Indah (Vanilla Latte)

?Kopi Janji Manis (Salted Caramel Latte)

?Kopi Harapan Palsu (Tiramisu Latte)

?Kopi Jarak Jauh (Hazelnut Latte)

?Kopi Nostalgia (Creme Bulee Latte)

?Kopi Dua Darjat (Mocha)

?Kopi Single (Americano)

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita

Buat masa ini, Kopi Kisah Kita mempunyai 4 cawangan iaitu di Metropoint Kajang, Southville City, MyTown dan Wangsa Walk Mall.

3. Wolf & Turtle Coffee

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita Wolf & Turtle Coffee

Nama Wolf & Turtle Coffee ini adalah merupakan metafora melihatkan kepada sifat serigala dan juga penyu.

Secara metafora, kita bekerja seperti serigala. Bukan memburu mangsa atau sebagainya. Ia lebih seperti bekerja bersama dengan cekap sebagai satu pasukan seperti sekumpulan serigala. Disebabkan itu, 3 orang pengasas kafe ini mengambil nama 'Wolf'.

Bagaimana pula dengan penyu ? Pengasas kepada kafe ini meminati penyu kerana penyu melambangkan umur panjang. Jangka hayat penyu bergantung kepada ketahanannya berhadapan musuh dan begitu juga pemilik kafe ini yang berusaha untuk meningkatkan tahap ke aras yang lebih tinggi dan bersedia untuk dibandingkan dengan yang terbaik di luar sana.

https://www.instagram.com/p/CcNczfbJtMN/?utm_source=ig_web_copy_link

Apabila mula-mula idea untuk membuka kafe ini datang, dari awal lagi idea keseluruhannya adalah untuk membawa citarasa kopi dari bahagian lain di serata dunia, ke tanah air.

Oleh itu, Wolf & Turtle Coffee sentiasa mendapatkan biji kopi yang dipanggang setiap minggu daripada pembekal agar mereka dapat menyediakan setiap cawan kopi yang segar dan citarasa premium.

Disebabkan kualiti kopi yang mereka hidangkan, Wolf & Turtle Coffee kini telah berkembang dan mempunyai 8 cawangan. Antaranya adalah di Taman Melawati, Ampang, Wangsa Maju, Menara Ambank dan juga Menara Southpoint Mid Valley.

4. Farm Cafe

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita Wolf & Turtle Coffee Farm Cafe

Apa yang membuatkan Farm Cafe unik adalah konsep menunya iaitu 'Farm to Table'. Maknanya, kesemua bahan-bahan yang digunakan adalah segar dari ladang untuk disiapkan menjadi hidangan.

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita Wolf & Turtle Coffee Farm Cafe

Kafe ini diusahakan oleh Dr.Manikam, seorang yang telah mendedikasikan hidupnya selama 50 tahun ke arah perubatan veterinar.

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita Wolf & Turtle Coffee Farm Cafe
5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita Wolf & Turtle Coffee Farm Cafe


Walaupun telah mencurahkan sepenuh perhatiannya untuk meningkatkan komuniti petani Malaysia, Dr Manikam masih meluangkan masa untuk secara senyap memupuk minatnya terhadap makanan.

Selama bertahun-tahun, Dr Manikam mengekalkan profesion veterinar dan kecenderungan masakannya secara berasingan. Sehinggalah dia sedar bahawa dia boleh menggabungkan kedua-duanya untuk mempamerkan hasil berkualiti tinggi daripada petani tempatan, sambil merealisasikan impiannya untuk mempunyai sebuah perusahaan makanan dan minuman milik sendiri. Maka, dengan bermula di dapur rumahnya, benih Farm Cafe telah ditanam.

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita Wolf & Turtle Coffee Farm Cafe

Farm Cafe sedang dalam misi untuk meningkatkan kesedaran tentang kerja yang dilakukan oleh petani tempatan, menggabungkan hasil tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi untuk dijadikan makanan yang menyelerakan terus dari hati.

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita Wolf & Turtle Coffee Farm Cafe

Monét

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita Wolf & Turtle Coffee Farm Cafe Monét
Kredit : EatDrinkKL

Walaupun baru beroperasi selama setahun, kafe ini sudah mempunyai dua cawangan, iaitu Taman Melawati dan Mitsui LaLaport BBCC. Antara sebab kafe ini pantas berkembang adalah dek kerana menunya yang lazat dan mendapat pujian ramai pelanggan. Selain itu, keunikan disini adalah banyaknya pilihan pastri dari Perancis.

5 Kafe Muslim-Friendly Yang Best di Lembah Klang Bayang Coffee Kopi Kisah Kita Wolf & Turtle Coffee Farm Cafe Monét
Kredit : EatDrinkKL

Antara menu yang perlu dicuba ialah Iced Latte dan Hojicha Latte. Anda juga perlu cuba Avocado Toast dan Grilled Cheese apabila singgah di sini nanti!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA