Siapa kata nak makan lauk kampung sedap-sedap kena travel jauh-jauh? Sekarang dah banyak restoran-restoran di tengah bandar dan sekitar Lembah Klang turut menyediakan lauk-pauk kampung yang enak.
Ini port best kalau nak makan masakan kampung tanpa perlu lalui perjalanan jauh ke luar bandar. Dekat Shah Alam jer, tapi feel macam masakan mak di kampung halaman. Nama restorannya adalah Hot Pindang Kitchen.
Antara tarikan disin adalah 4 jenis set dulang yang menghimpunkan pelbagai lauk kampung pilihan. Dengar cerita, ramai yang datang berulang kali ke Hot Pindang Kitchen hanya kerana nak makan Set Dulang
Ada yang kata bila makan set dulang ni terus hati berbunga-bunga teringat kepada masakan di kampung.
Ada yang kata bila makan set dulang ni, terus teringat masakan mak di kampung. Ramai yang ucapkan terima kasih kepada restoran ini kerana kembalikan kenangan manis mereka dengan Set Dulang.
Set Dulang ni memang dimasak dengan penuh kasih sayang untuk pastikan pelanggan pulang dengan hati gembira dan puas hati.
Set dulang ni ada 4 jenis :
- Dulang Narathai ( Siakap )
- Dulang Kuala Kangsar ( Udang Galah )
- Dulang Alor Gajah ( Set Asam pedas )
- Dulang Kuala Pilah ( Set Daging Salai )
Set Dulang ni boleh makan 3 hingga 4 orang dan ada jer sepanjang masa di restoran . Jadi nak bawak anak, mak, adik beradik datang makan tu boleh sangat.
Tak kiralah bila anda teringat masakan kampung, teringin nak makan makanan yang macam mak kita masak di kampung, datanglah terus ke Restoran Hot Pindang. Mereka akan sambut anda dengan senyuman dan kemesraan. Di Hot Pindang Kitchen, mereka dapat kembalikan memori dan kegembiraan anda.
Kalau tak nak makan lauk kampung pun tak apa. Sebenarnya di Hot Pindang Kitchen ni ada macam-macam menu lagi. Western pun ada.
Senang cerita, semua jenis tekak boleh duduk sekali di sini. Kalau datang ramai-ramai, tak perlu gaduh nak makan macam-macam tempat sebab nak puaskan hati semua. Duduk sini, mesti semua orang ada pilihan masing-masing.
Alamat
Hot Pindang Kitchen, No. 13, Jalan Cheong Sam 10/11, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi
11 AM - 10 PM (Setiap Hari)