Kalau kita kata tempat makan di tengah Kuala Lumpur, mesti ramai ingatkan restoran besar di dalam kompleks membeli-belah, kafe moden, atau paling kurang pun restoran mewah.
Tetapi sapa sangka, berdekatan Pavilion dan kawasan pembangunan KLCC ada satu destinasi makan ala-ala kampung dengan persekitaran macam di rumah nelayan . Memang santai tau !
Dekorasi Menarik
Dah bosan dengan bangunan konkrit di Kuala Lumpur, binaan kayu restoran ini sememangnya memberikan suasana kampung dan menggamit nostalgia tanpa perlu kita memandu jauh ke luar bandar.
Dari luar, kawasan restoran ini yang dikelilingi pokok menjalar dan menghijau sememangnya memberikan pengunjung ketenangan seolah-olah berada di taman yang indah.
Menu Berasaskan Ikan Siakap
Lagi menarik, restoran ini menyediakan pelbagai menu berasaskan ikan siakap tau ! Memang kena dengan nama kedainya iaitu Siakaplang. Haaa, banyak menu unik yang memang tak boleh dijumpai di tempat lain.
Antara menu wajib cuba disini adalah Spaghetti Aglio Olio Siakap, Nasi Ikan Siakap Nestum, Nasi Ikan Siakap Salted Egg, Nasi Ikan Siakap Asam Pedas dan pelbagai lagi. Semuanya sedap-sedap !
Lokasi & Alamat Siakaplang
Nama kedai Siakaplang, terletak di Art Wood Corner, berdekatan Kompleks Kraf Jalan Conlay. Jadi, kalau nak datang boleh 'search' Art Wood Corner.
Art Wood Corner (Siakaplang), Kompleks Kraf KL, Jalan Conlay, 50450, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur