Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi.
Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 kompleks membeli-belah 1 Utama.
Apa yang menariknya mengenai Rollerwa adalah konsep yang dibawakan mereka iaitu K-POP, K-Culture dan juga K-Goods !
Sambil anda meluncur menggunakan kasut roda, anda akan diiringi dengan muzik-muzik berunsurkan K-POP, wahh unik ! Tak adalah bosan aje kan. Sambil meluncur sambil menari gittew.
Kadar harga bagi sekali masuk adalah RM 12, manakala sesi 2 jam termasuk gelanggang luncur, kasut roda, dan peralatan keselamatan adalah RM 38 bagi dewasa , dan RM28 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Kalau nak sewa 1 hari pun boleh, RM68 bagi dewasa manakala RM58 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.
Bagi sesiapa yang tak pernah bermain kasut roda pun tak apa kerana mereka disini menggunakan kasut jenis 'quad-skate' , dan bukannya 'inline skate' ?
Alamat
Rollerwa, Lot F603A-F613, First Floor, 1UE, Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi
Setiap Hari (10 Pagi - 10 Malam)
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web, Facebook, ataupun akaun Instagram mereka.