Makan Laksa Dalam Suasana Kampung !
Ramai orang tahu Perak adalah salah satu tempat terbaik kalau nak makan laksa.
Mungkin tak boleh lawan populariti Laksa Penang, Laksa Sarawak, atau Laksa Johor tetapi kita tetap tak boleh nafikan laksa original dari Perak tetap unik. Tambah-tambah pula ditambah dengan telur sarang.
Tapi kalau anda datang ke Laksa Pondok Ibu Kathy, anda bukan saja dapat menikmati laksa original dengan kuahnya yang pekat dan likat, tetapi ditambah dengan suasana nyaman di dalam kampung. Fuh,memang nikmat !
Selain itu, ada juga menu yang susah jumpa kat tempat lain iaitu bubur anak lebah. Mungkin ramai tak pernah dengar pun berkenaan bubur anak lebah ni.
Ia sebenarnya adalah merupakan manisan warisan negeri Perak yang popular ketika majlis lepas berpantang, majlis berendoi dan cukur jambul.
Macamana rasanya bubur ini? Yang tu anda kena datang sendiri ke sini dan merasai keunikan bubur anak lebah.
Kalau datang untuk minum petang, tak mahu makanan berat dan teringin kudap-kudapan sahaja, boleh cuba menu ringan macam keropok lekor, kuih-muih, dan cucur udang .