Cuti dah dekat, tapi bajet cukup-cukup makan? Jangan risau, korang masih boleh enjoy taman tema air tanpa perlu menangis tengok baki akaun bank! Kali ni, kami senaraikan 5 taman tema air dengan harga tiket bawah RM50, confirm berbaloi untuk bawa keluarga atau geng lepak.
1. Wet World, Shah Alam – Murah & Mesra Keluarga

- Lokasi: Shah Alam, Selangor
- Harga tiket: RM30 (dewasa), RM25 (kanak-kanak)
Wet World Shah Alam memang terkenal sebagai taman tema air yang murah tapi best. Dengan harga tiket yang masih mesra dompet, pengunjung boleh enjoy pelbagai tarikan air yang sesuai untuk semua peringkat umur. Nak lagi jimat? Bawa makanan sendiri dan picnic di kawasan yang disediakan!
2. A’Famosa Water Theme Park, Melaka – Gelongsor 7 Tingkat, Berani Try?
- Lokasi: Alor Gajah, Melaka
- Harga tiket: RM50 (dewasa), RM45 (kanak-kanak)

Melaka bukan sekadar tempat makan asam pedas! Kalau nak main air, A’Famosa Water Theme Park ada 11 tarikan menarik, termasuk gelongsor air setinggi 7 tingkat untuk si kaki thrill! Pro tip: beli tiket online untuk dapat harga lebih murah.
3. Splash Out Langkawi, Kedah – 12 Tarikan Air, Jom Main Sampai Penat!
- Lokasi: Langkawi, Kedah
- Harga tiket: Bermula RM35
Kalau bercuti di Langkawi dan bosan dengan pantai, boleh singgah ke Splash Out Langkawi. Ada 12 tarikan termasuk Wild Water, Sprinkle Island & Poseidon’s Revenge—confirm puas hati main air dari pagi sampai petang!
4. Big Bucket Splash, Rawang – Taman Tema Air Mini Tapi Syok!
- Lokasi: Rawang, Selangor
- Harga tiket: RM10 (dewasa), RM36 (kanak-kanak)
Tak semua taman tema air kena besar gila baru best. Big Bucket Splash walaupun saiznya kecil, tetap berbaloi untuk bawa anak-anak main air. Harga pun sangat mampu milik! Cuma, kena ingat—taman ni tutup setiap hari Selasa.
5. Bukit Merah Laketown Water Park, Perak – 14 Tarikan Dengan Harga RM30? Padu!
- Lokasi: Bukit Merah, Perak
- Harga tiket: RM30
Nak taman tema air yang murah tapi banyak tarikan? Bukit Merah Laketown Water Park ada 14 tarikan seperti Racer Slides, Boomerang & Crazee Cone. Dengan harga serendah RM30, memang berbaloi untuk satu hari penuh keseronokan!
Jom Serbu Taman Tema Air!
Dah tahu taman tema air mana yang sesuai dengan bajet korang? Tak payah fikir panjang, ajak family atau kawan-kawan plan trip sekarang! Tak kisah nak main gelongsor ekstrem atau sekadar berendam santai, yang penting enjoy tanpa rabak poket!