HalalXPlorer Logo
concubine lane top attractions in ipoh
21 March 2025

5 Destinasi Staycation di Perak yang Wajib Masuk Bucket List

Kongsikan:

Perak memang tak pernah gagal dalam bab tarik pelancong. Dari tempat makan best sampai lokasi penuh sejarah, negeri ni ada segalanya. Kalau korang tengah cari port staycation yang lain dari yang lain, sini ada lima tempat yang confirm kena masuk dalam bucket list.

Concubine Lane – Lorong Viral Paling Ikonik

Ipoh bukan sekadar kopi putih dan nasi ganja. Concubine Lane atau Lorong Gundik ni tempat wajib singgah kalau nak feel vibe lama Ipoh.

concubine lane in Ipoh
Concubine Lane di Tengah Bandaraya Ipoh. Kredit Gambar : Hotel Pl

Bangunan warisan Cina dari tahun 1893 masih berdiri teguh, tapi sekarang dah jadi port makan, shopping dan bergambar aesthetic. Paling rare, ada kafe Platform 9 3/4 yang diinspirasikan daripada Harry Potter.

Gaharu Tea Valley – Ladang Teh dengan Vibes Tanah Tinggi

Kalau rasa Cameron Highlands terlalu mainstream, try datang ke Gaharu Tea Valley di Gopeng.

gaharu tea valley ipoh
Gaharu Tea Valley. Kredit Gambar : PetitGo

Tempat ni ada lebih 200,000 pokok gaharu dan terkenal dengan Tembok Besar Gopeng yang jadi pintu masuk utama. Nak cari spot Instagrammable? HOGA Hilltop View, Hugging Park dan Lovers Tree memang cantik gila.

Bandar Agacia – Mini Disneyland di Kampar

Percaya atau tidak, Kampar ada bandar ala-ala Disneyland? Bandar Agacia ni macam dunia fantasi dengan 57 bangunan warna-warni yang ada gaya seni bina Eropah.

bandar agacia perak
Ilustrasi Bandar Agacia di Kampar, Perak

Siang cantik, malam lagi meriah dengan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak. Kalau nak cari lokasi staycation yang lain daripada yang lain, sini tempatnya.

Gua Kek Look Tong – Gua Batu Kapur dengan View Gempak

Gua Kek Look Tong
Gua Kek Look Tong

Gua ni terletak di Gunung Rapat, Ipoh dan memang terkenal sebab stalaktit dan stalagmit yang terbentuk secara semula jadi. Suasana dalam gua tenang, sesuai untuk yang suka chill. Selain explore gua, ada aktiviti berbasikal dan bot kayuh kalau nak tambah keseronokan.

Dinosaur Encounter World: Area 65 – Masuk Dunia Jurassic

Buat yang nak bawa anak-anak main sambil belajar, Dinosaur Encounter World di Silverlakes, Batu Gajah memang best. Taman dinosaur pertama yang guna teknologi lima dimensi ni buatkan pengalaman jadi lebih real. Dari dino animatronik sampai kembara realiti campuran, confirm budak-budak teruja.

Tak cukup dengan lima tempat ni? Banyak lagi hidden gem di Perak yang boleh diterjah. Jangan lupa masukkan Perak dalam list cuti korang tahun ni!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA