Kalau korang tengah cari port best untuk chill dan main air kat Langkawi, Paradise 101 memang tempat yang wajib masuk dalam list. Pulau persendirian ni penuh dengan aktiviti menarik, dari sukan air sampai lepak santai tepi pantai.
Macam Mana Nak Pergi?
Paradise 101 terletak dekat Telaga Harbour, Pantai Kok. Dari Cenang Mall, korang boleh naik shuttle yang disediakan setiap jam dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Kalau nak lebih fleksibel, boleh je guna Grab atau bawa kereta sendiri ke Jetty 101. Dari situ, ada bot yang akan bawa korang ke Paradise 101 dalam masa kurang dari 5 minit.
Harga Tiket dan Aktiviti
Paradise 101 ada beberapa pakej yang boleh korang pilih :
- Silver Package: Harga sekitar RM199. Termasuk bot pergi balik, 10 minit Banana Boat Ride atau 30 minit Kayaking, akses ke semua fasiliti, dan diskaun 15% untuk makanan dan minuman.
- Gold Package: Harga sekitar RM430. Dapat semua dalam Silver Package, tambah dengan 15 minit Jet Ski Fun Ride, Zipline, dan makan tengah hari.
Anggaran Belanja
Selain harga pakej, bajet tambahan mungkin diperlukan untuk makanan, minuman, atau aktiviti lain yang tak termasuk dalam pakej. Jadi, sediakan dalam RM100-RM200 ekstra untuk perbelanjaan tambahan.
Berapa Lama Nak Luangkan Masa?
Untuk betul-betul enjoy semua yang Paradise 101 tawarkan, disarankan luangkan sekurang-kurangnya setengah hari. Kalau nak cuba semua aktiviti, mungkin sehari suntuk pun tak cukup!
Jadi, kalau korang plan nak ke Langkawi, jangan lupa masukkan Paradise 101 dalam itinerary. Memang berbaloi untuk pengalaman yang best dan kenangan yang takkan dilupakan.