Dah masuk suku kedua tahun 2025, tapi korang masih blur nak plan cuti? Kalau nak cari destinasi best yang tak terlalu sejuk tapi tetap ada vibe winter, Brisbane & Gold Coast patut masuk dalam wishlist! Cuaca kat sini memang nyaman—siang dalam 20-24°C, malam dalam 10°C, cukup pakai jaket nipis je. Langit biru terang, udara segar, dan yang paling penting, banyak aktiviti menarik menanti!
Brisbane: Bandar Yang Selesa Sepanjang Musim Sejuk
Brisbane ni bukan jenis bandar yang sunyi bila musim sejuk datang. Malah, inilah waktu terbaik untuk explore bandar dengan lebih selesa sebab tak panas terik macam musim lain. Kalau jalan-jalan sekitar South Bank Parklands, angin sejuk yang bertiup perlahan memang buat suasana jadi lebih tenang. Tepi sungai Brisbane yang bersih tu pula, memang best untuk lepak santai sambil menikmati suasana bandar.
Selain tu, kalau korang suka tengok bandar dari atas, boleh panjat Story Bridge atau naik ke puncak Mount Coot-tha. Dari situ, pemandangan bandar Brisbane memang nampak lebih dramatik dengan langit biru yang cerah. Bila malam, lampu-lampu bandar mula menyala, mencipta satu panorama yang memang insta-worthy!
Kalau korang peminat festival, jangan lupa singgah ke Ekka Festival yang berlangsung dari 9 hingga 17 Ogos. Festival ni macam satu gabungan funfair dan pameran pertanian yang besar. Ada banyak aktiviti menarik termasuk pertunjukan haiwan, bunga api setiap malam, serta food festival yang menampilkan makanan tempatan yang rare dan sedap. Memang worth it untuk masuk!
Musim sejuk juga menandakan kedatangan ikan paus humpback yang berhijrah ke perairan Australia. Korang boleh naik bot khas untuk menonton ikan paus secara live dari Redcliffe atau Moreton Island. Melihat makhluk laut gergasi ni melompat dari air memang satu pengalaman yang takkan dilupakan.
Lepas seharian berjalan, pastikan korang pilih penginapan yang selesa. Kalau nak pengalaman musim sejuk yang lebih cozy, boleh cuba Seven Peaks Farm Stay yang terletak di Glass House Mountains. Bayangkan bangun pagi dengan udara sejuk gunung, sambil bersantai tepi unggun api dengan secawan coklat panas. Fuh, memang padu!
Makanan pun tak kurang bestnya. Kalau datang Brisbane, wajib singgah di Howard Smith Wharves, tempat makan tepi sungai dengan suasana yang santai. Kalau suka makanan jalanan, Eat Street Northshore memang syurga makanan dengan pilihan menu dari pelbagai negara. Jangan lupa juga ke West End dan James Street untuk kafe hipster dan makanan fusion yang menarik.
Gold Coast: Dari Surfing Sampai Rollercoaster!
Hanya sejam memandu dari Brisbane, Gold Coast pula menawarkan vibe pantai yang lebih happening. Kalau korang suka aktiviti air, tempat ni memang wajib ada dalam itinerary. Musim sejuk adalah waktu terbaik untuk tengok whale watching di laluan migrasi paus paling sibuk di dunia. Dari Surfers Paradise atau Main Beach, korang boleh naik bot untuk melihat humpback whale secara dekat. Bila paus ni buat aksi breaching dan tail slapping, memang rasa macam tengok dokumentari NatGeo depan mata!
Bagi peminat sukan air, Gold Coast juga terkenal dengan pantai yang perfect untuk surfing. Burleigh Heads sesuai untuk beginner yang nak belajar menakluki ombak, manakala Snapper Rocks pula lebih mencabar bagi yang dah pro. Tak minat surfing? Takpe, lepak tepi pantai sambil menikmati pemandangan pun dah cukup best.
Selain aktiviti air, Gold Coast juga terkenal dengan taman tema terbaik di Australia. Dreamworld menampilkan rollercoaster tertinggi dan paling laju di negara ni, sementara Warner Bros. Movie World pula baru saja buka kawasan baru bertemakan The Wizard of Oz. Kalau nak main air, Wet’n’Wild pula ada gelongsor air yang cukup extreme untuk buat korang menjerit habis. Satu kelebihan datang musim sejuk—queue lebih pendek, jadi korang boleh enjoy lebih banyak rides tanpa perlu beratur lama.
Gold Coast juga best sebab semua tempat menarik dekat-dekat je. Dari bandar ke pantai, ke taman tema, semuanya boleh diakses dalam masa yang singkat. So, kalau nak cuti yang penuh dengan aktiviti menarik tanpa perlu rush ke sana-sini, Gold Coast memang destinasi yang ideal.
Jom Cuti Musim Sejuk di Brisbane & Gold Coast!
Tak kira korang jenis yang suka bandar atau pantai, Brisbane dan Gold Coast memang ada sesuatu untuk semua. Dari festival meriah, aktiviti whale watching, surfing, taman tema, hingga ke tempat makan best, dua bandar ni memang destinasi yang perfect untuk percutian musim sejuk tahun 2025. So, dah ready untuk trip musim sejuk yang paling epic?