Dah masuk suku kedua tahun 2025, tapi korang masih blur nak plan cuti? Kalau nak cari destinasi best yang tak terlalu sejuk tapi tetap ada vibe winter, Brisbane & Gold Coast patut masuk dalam wishlist!
Kenapa Brisbane & Gold Coast?
Musim sejuk kat sini memang chill—tak terlalu menggigil, tapi cukup untuk korang rasa angin sejuk yang nyaman. Siang dalam 20-24°C, malam dalam 10°C, cukup pakai jaket nipis je. Langit sentiasa biru, udara segar, dan yang paling best, banyak benda menarik boleh buat!
Brisbane: Bandar Dengan Suasana Sejuk & Chill
Explore Bandar Dengan Vibe Winter Yang Selesa
Kalau korang suka aktiviti outdoor, Brisbane memang ‘the place to be’ musim sejuk ni. Boleh jalan-jalan kat:
- South Bank Parklands – kawasan tepi sungai yang cantik.
- Kangaroo Point – spot terbaik untuk sunset.
- Story Bridge – boleh naik sampai atas jambatan kalau nak thrill.
- Brisbane City Botanic Gardens – taman hijau dengan udara segar.
- Mount Coot-tha – view Brisbane dari atas, memang next level!
Selain cuaca yang lebih selesa dari musim panas, ini juga waktu terbaik untuk explore taman negara sekitar Brisbane.
Ekka Festival: Karnival Paling Gempak
Dari 9 – 17 Ogos 2025, festival ‘Ekka’ akan buat comeback! Bayangkan satu bandar jadi ‘funfair’ besar-besaran—ada:
- Permainan carnival best gila.
- Pameran haiwan (boleh pegang kambing, lembu, dan banyak lagi).
- Pertunjukan bunga api setiap malam.
- Food fest dengan makanan lokal yang sedap.
Ni bukan sekadar festival biasa, tapi satu pengalaman yang must-visit!
Tonton Ikan Paus Secara Live
Musim sejuk = musim migrasi humpback whale. Dari Jun – Oktober, korang boleh tengok paus dari jarak dekat dengan:
- Brisbane Whale Watching – naik kapal khas dari Redcliffe.
- Tangalooma Whale Watching Cruises – naik bot dari Moreton Island.
- Yalingbila Whale Tours – tour paus oleh komuniti Orang Asli Australia.
Kalau belum pernah tengok paus depan mata, ni memang pengalaman yang tak boleh lepas!
Penginapan Winter Dengan Vibe Cozy
Nak rasa musim sejuk sambil duduk dalam lodge dengan perapian? Korang boleh try Seven Peaks Farm Stay—penginapan mewah dalam kawasan pergunungan Glass House Mountains, 86 minit dari Brisbane. Boleh:
- Berinteraksi dengan haiwan ternakan.
- Bersantai tepi unggun api.
- Nikmati suasana alam yang so peaceful!
Port Makan & Chill Wajib Singgah
Kalau datang Brisbane, kena try Howard Smith Wharves—tempat makan tepi sungai dengan view Story Bridge yang iconic. Lepas tu boleh lepak kat:
- Eat Street Northshore – food festival sepanjang tahun dalam kontena warna-warni.
- James Street – kawasan hipster penuh kafe cantik.
- South Brisbane & West End – banyak restoran halal dan fusion food.
Gold Coast: Dari Surfing Sampai Rollercoaster!
Hanya 1 jam drive dari Brisbane, Gold Coast memang lokasi percutian paling best. Apa yang ada kat sini?
Whale Watching di Humpback Highway
Gold Coast adalah laluan migrasi paus paling sibuk di dunia. 35,000 ekor paus lalu sini setiap tahun, so korang ada peluang tinggi nak tengok humpback whale buat aksi breaching & tail slapping live depan mata! Naik bot dari Surfers Paradise atau Main Beach, confirm puas hati.
Heaven Untuk Kaki Surfing
Ombak kat Gold Coast antara terbaik di dunia. Kalau nak cuba surfing, datang ke:
- Burleigh Heads – spot paling chill untuk beginner.
- Snapper Rocks – gelombang paling padu untuk pro surfers.
Kalau korang tak minat surfing, boleh lepak tepi pantai & nikmati vibe pantai Gold Coast yang memang next level!
Taman Tema Terbaik Australia
Gold Coast adalah syurga taman tema, so kalau datang sini, wajib pergi:
- Dreamworld – rollercoaster tertinggi & paling laju di Australia!
- Warner Bros. Movie World – now ada The Wizard of Oz precinct yang baru!
- Wet’n’Wild – taman tema air dengan gelongsor yang extreme.
Best part? Queue lebih pendek time winter, so korang boleh main lebih banyak rides tanpa tunggu lama!
Gold Coast = Tempat Percutian Yang Perfect
Satu benda best tentang Gold Coast—semua tempat menarik dekat-dekat je! Tak payah drive jauh-jauh. Korang boleh:
- Jalan-jalan bandar.
- Tengok paus.
- Main rollercoaster.
- Surfing.
- Enjoy nightlife yang meriah.
Semua dalam satu tempat!
So, dah ready untuk trip musim sejuk ke Brisbane & Gold Coast?
Percutian yang mix antara alam, bandar, pantai & hiburan—memang takkan menyesal!