HalalXPlorer Logo
malindo air 9m lnu boeing 737 8gp 32719001317
30 July 2022

Tiada Lagi Penerbangan Malindo Air ke Alor Setar ?

Kongsikan:

Baru saja industri penerbangan dikatakan mahu kembali pulih setelah pandemik COVID-19, dah macam-macam cerita kurang enak pula kita dengar berkenaan sektor ini.

Terbaru, Utusan Malaysia melaporkan bahawa syarikat penerbangan Malindo Air yang kini dikenali Batik Air tidak lagi membuat penerbangan dari Subang, Selangor ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar sejak akhir Julai lalu sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk dan menjadi topik perbincangan dalam media sosial.

Seorang penduduk, Zana Abdullah, 45, yang selalu menggunakan perkhidmatan itu untuk ke ibu kota memberitahu, dia terkilan kerana perkara itu agak membebankan dan menyukarkannya untuk berulang-alik ke Kuala Lumpur.

“Sejak Malindo Air tiada, memang susah sebab tak ada pilihan. Dahulu ada dua, Malindo Air atau Firefly, tetapi, sekarang tinggal satu saja. Harga tiket pun jadi lebih tinggi sekarang untuk ke Subang. Untuk guna KLIA agak jauh. Kalau harga sangat tinggi memang terpaksa ambil alternatif lain saja.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat agar banyak pilihan kepada pengguna terutama yang selalu berulang alik dari Alor Setar ke Subang,” katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan LTSAH ketika dihubungi mengesahkan tiada lagi penerbangan dari Subang ke terminal berkenaan sejak 25 Julai lalu.

“Tetapi, kami belum menerima apa-apa surat rasmi tentang pemberhentian itu sehingga kini dan masih menantikan penjelasan daripada syarikat penerbangan berkenaan,” katanya.

Hasil carian tiket di laman sesawang syarikat penerbangan berkenaan juga mendapati tiada jadual ditawarkan sejak 25 Julai lepas sehingga kini melibatkan laluan Alor Setar (AOR) ke Subang (SZB).

Apa pendapat anda? Bagi kami, jika ada penstrukturan semula atau pertukaran laluan disebabkan apa-apa alasan sekalipun, syarikat penerbangan haruslah memberi notis awal kepada pihak pengurusan lapangan terbang dan pengguna. Tak gitu?

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA