Bila nak bawa anak-anak berjalan-jalan pastilah kita kena mencari destinasi yang sesuai dan kena dengan selera mereka kan. Salah satunya adalah Petrosains yang terletak di bangunan Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas.
Bawa ke tempat macam ini memang berbaloi sebab anak-anak seronok dapat bermain tapi pada masa yang sama dapat belajar macam-macam perihal sains.
Tapi, mesti ramai mengeluh sebab ingatkan Petrosains hanya ada satu di KLCC tu jer. Nak pergi jauh, macam-macam kos. Mungkin sekali saja boleh pergi kan.
Haa, jangan risau. Sebenarnya Petrosains ada jer cawangan di negeri-negeri lain yang jauh dari Kuala Lumpur. Jadi, untuk penduduk di negeri-negeri ini anda boleh melawat Petrosains PlaySmart.
Permainan di Petrosains Playsmart ini lebih kurang macam di Petrosains KLCC cuma ianya dibina dengan skala lebih kecil. Tapi tetap berbaloi sebab kemasukan ke Petrosains Playsmart adalah percuma !
Petrosains PlaySmart Kota Kinabalu

Untuk penduduk Sabah, anda boleh ke Perpustakaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Tetapi, sewaktu artikel ini ditulis, Petrosains PlaySmart disini ditutup buat sementara dari 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2022 untuk kerja-kerja naik taraf.
Haaa, maksudnya lepas 31 Oktober nanti lagi seronoklah datang ke sini selepas semua proses naik taraf selesai.

Waktu Operasi :
Hari | Waktu |
---|---|
Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.00pm (Rehat : 1.00pm - 2.00pm) (Rehat Jumaat : 12.00pm - 2.00pm) |
Sabtu- Ahad | 9.00am - 2.00pm |
Alamat :
Petrosains PlaySmart Kota Kinabalu, Perpustakaan Negeri Sabah Jalan Tasik, Off, Jalan Maktab Gaya, Luyang Commercial Centre, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Petrosains PlaySmart Kuching

Waktu Operasi :
Hari | Waktu |
---|---|
Isnin - Khamis | 9.00am - 3.00pm (Rehat : 12.00pm - 1.00pm) |
Jumaat | 9.00am - 12.00pm |
Sabtu / Ahad / Cuti Umum | TUTUP |
Sewaktu artikel ini ditulis, Petrosains PlaySmart Kuching ditutup buat sementara sehingga notis berikutnya.
Alamat :
?Petrosains PlaySmart Kuching, Ground Floor Block Mph State Civic Centre, Panggung Udara, 93000 Kuching, Sarawak
Petrosains PlaySmart Kuantan

Petrosains di Kuantan terletak di dalam bangunan Perpustakaan Awam yang terletak di Jalan Kamunting, Kuantan. Jadual waktu operasi adalah seperti berikut.
Waktu Operasi :
HARI | WAKTU |
---|---|
Selasa - Khamis & Sabtu | 9.00am – 5.00pm (Rehat: 1.00pm - 2.00pm) |
Jumaat | 9.00am – 5.00pm (Rehat: 12.00pm - 2.30pm) |
Ahad / Isnin / Cuti Umum | TUTUP |
Alamat :
?Petrosains PlaySmart Kuantan, Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Kamunting, 21500, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang
Petrosains PlaySmart Johor Bahru

Waktu Operasi :
HARI | WAKTU |
---|---|
Ahad - Rabu | 9.00AM - 5.30PM (Rehat : 1.00PM - 2.00PM) |
Khamis | 9.00AM - 4.00PM (Rehat : 1.00PM - 2.00PM) |
Jumaat / Sabtu / Cuti Umum | TUTUP |
Dah tahu kan Petrosains di tempat lain, bolehlah bawa anak-anak ke sini nanti. Cuma kena lihat betul-betul jadual sebab ada petrosains yang ditutup pada hari cuti umum tuu.