HalalXPlorer Logo
penang top attractions
29 September 2024

12 Tempat Menarik Wajib Pi di Penang !

Kongsikan:

Pulau Pinang sentiasa menjadi destinasi percutian yang popular di Malaysia kerana suasana pekan lama yang nostalgik, banyak port makan sedap-sedap serta pelbagai tarikan dan aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

Jom rancang pengembaraan anda dengan senarai tarikan ini :

1. The Habitat Penang Hill

the habitat

Korang boleh menikmati keindahan seluruh pulau di puncak paling tinggi dengan pemandangan panorama 360 darjah serta menikmati keindahan alam semula jadi, hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.

Beli Tiket Murah : https://s.shopee.com.my/6fOp22NoUG

2. ESCAPE Theme Park

escape theme park

Antara aktiviti wajib cuba ialah Monkey Business(laluan halangan), Flying Lemur, Banana Flip, Lazy River, Tubby Racer, Kite Flyer, Speed Racer, Family Twister, Play House, Atan’s Leap, Longest Tube Water Slide(sepanjang 1,111meter)

Beli Tiket Murah : https://s.shopee.com.my/8KX319XzdD

3. The Top KOMTAR

the top komtar

Bangunan ikonik Penang dan salah satu tempat untuk menikmati pemandangan malam pekan dari atas. Di tingkat 68, Rainbow Skywalk adalah jambatan kaca separuh bulat dengan kaca lutsinar dibahagian bawah dan di tepi jambatan.

Beli Tiket Murah : https://s.shopee.com.my/4AhU3WDMtW

4. Batu Ferringhi

Batu Ferringhi mempunyai pantai yang luas dan salah satu destinasi paling popular Pulau Pinang! Anak-anak anda boleh bermain di pantai, terbangkan layang-layang, bina istana pasir atau cuba sukan air yang ditawarkan di sini, daripada jet ski kepada paralayar, bot pisang dan banyak lagi.

5. The Dark Mansion 3D Museum

Lari dari cuaca panas di luar dan luangkan masa dengan melihat lukisan-lukisan yang berubah daripada lukisan 2D kepada ilusi optik 3D yang hebat!

Beli Tiket Murah : https://s.shopee.com.my/2AwPftkVqi

6. Entopia by Penang Butterfly Farm

entopia penang

Entopia adalah salah satu taman rama-rama paling besar di Malaysia, lebih 15,000 rama-rama terbang bebas. Selain rama-rama, anda dapat melihat lebih 200 spesies tumbuhan bersama air terjun, kolam, gua dan ciri taman artistik yang lain.

Beli Tiket Murah : https://s.shopee.com.my/7pamQLOGmC

7. Teluk Duyung (Monkey Beach)

Percutian pantai di salah satu pulau di Teluk Duyung. Tempat terpencil ini terletak dalam Taman Negara Pulau Pinang, disini anda boleh menikmati keindahan lebih 500 jenis flora dan fauna serta pulau yang menawan tanpa bersesak dengan orang ramai.

8. Clan Jetty Penang

Lokasi terbaik menikmati pemandangan matahari terbenam di Chew Jetty, Lim Jetty atau Tan Jetty. Berada di hujung Pengkalan Weld Pulau Pinang. Disini anda boleh merasai suasana kehidupan penduduk tempatan yang masih tinggal di rumah kayu atas air.

9. WonderFood Museum

wonderfood museum penang

WonderFood Museum di Pulau Pinang antara tempat menarik yang mempamerkan makanan-makanan Malaysia bersaiz besar dan pameran replika hidangan antarabangsa.

Beli Tiket Murah : https://s.shopee.com.my/5Aa1FTgPeY

10. Penang Bird Park

penang bird park

Dengan koleksi lebih daripada 300 spesies burung dari seluruh dunia, Penang Bird Park adalah taman burung pertama dan paling besar di Malaysia. Taman sebesar 5 ekar ini mempunyai laluan aviari, pondok kecil, laluan berbelok dan kolam yang cantik di mana anda boleh bermesra dengan burung-burung jinak daripada burung kelicap kecil hingga ke burung unta setinggi 8 kaki, burung undan yang terbang bebas, angsa yang anggun, flamingo, burung enggang, burung botak dan itik yang berwarna-warni.

Beli Tiket Murah : https://s.shopee.com.my/1LNIgTJygV

11. Armenian Street

Tahu tak yang Pulau Pinang terkenal dengan karya seni jalanan? Kalau datang ke Penang, ini adalah tempat wajib kena pergi! Salah satu tempat terkenal dengan hasil karya seni jalanan seperti Adik-Beradik di atas Buaian, Budak di atas Motosikal, serta Budak di atas Basikal.

12. Kampung Agong

kampung agong

Disini korang boleh menikmati suasana kampung seperti Bali di Kampung Agong, sebuah kawasan kampung yang dikelilingi pokok kelapa, sawah padi dan rumah kayu tradisional yang dibina di atas kaki bajang. Tempat paling sesuai untuk korang menikmati kehidupan kampung, terutamanya yang membesar di bandar!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA