HalalXPlorer Logo
the world's highest prayer room unveiled in makkah
21 March 2025

Sky Mussallah: Ruang Solat Tertinggi Dunia Rupanya Ada di Makkah!

Kongsikan:

Arab Saudi sekali lagi mencipta sejarah dengan pembukaan Sky Mussallah, ruang solat tertinggi di dunia yang terletak di Address Jabal Omar Makkah.

Sky Musallah The Address Jabal Omar
Ruang Solat Yang Luas di Sky Musallah

Dengan ketinggian 483 meter dari paras laut, ruang solat ni bukan sekadar tempat beribadah, tapi juga spot terbaik untuk menikmati panorama Masjidil Haram dan Kaabah dari atas!

Highest prayer room within a skybridge
Pemandangan Masjidil Haram Dari Sky Musallah

Keistimewaan Sky Mussallah

  • Lokasi eksklusif – Terletak di tingkat 36, 37 & 38 hotel Address Jabal Omar Makkah.
  • Rekod dunia – Diiktiraf sebagai "Ruang Solat Tertinggi Dalam Sky Bridge" oleh Guinness World Records.
  • Kapasiti besar – Boleh memuatkan 520 jemaah dalam satu masa dengan keluasan 550m².
  • Sentuhan seni Islam – Dihiasi kaligrafi Arab yang menampilkan nama-nama Allah serta ayat suci Al-Quran.

Arkitek Hebat + Keindahan Spiritual

Sky Musallah JAbal Omar

Untuk merealisasikan projek luar biasa ni, jambatan keluli seberat 650 tan dipasang pada ketinggian 312 meter, sebelum dinaikkan ke tahap akhir.

Address Jabal Omar Makkah achieves Guinness World Record for highest prayer room in a skybridge
Bangunan Hotel The Address Jabal Omar Yang Menempatkan Sky Musallah Di Skybridge

Hasilnya? Ruang solat yang bukan sahaja indah, tapi juga memberikan suasana tenang & mendalam untuk beribadah.

pemandangan makkah dan masjidil haram dari sky musallah

Bayangkan—semasa Subuh, jemaah boleh melihat Makkah mula hidup dengan cahaya pagi, dan waktu Maghrib pula, langit berubah menjadi lukisan cahaya yang menenangkan. Satu pengalaman spiritual yang luar biasa!

Address Jabal Omar Makkah unveils world’s highest prayer room

Menurut CEO Jabal Omar Development Company, Khalid Al-Amoudi, Sky Mussallah ni bukan sekadar pencapaian arkitek, tapi juga hadiah untuk para jemaah yang datang untuk menunaikan Haji dan Umrah.

Address Jabal Omar Makkah unveils the world’s highest prayer room

Jadi, kalau korang ada rezeki menjejakkan kaki ke Makkah, jangan lupa singgah di Sky Mussallah—pengalaman solat dengan view paling breathtaking!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA