Jom bercuti di Rock Mountain Resort, Raub, Pahang.
Disini terdapat pelbagai jenis unit penginapan yang selesa untuk pasangan dan kumpulan besar.
Ada kemudahan sauna, gimnasium dan paling menarik kolam renang ala-ala taman tema air yang cantik, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
Lokasi sesuai untuk diadakan hari keluarga, team building, dan acara korporat sebab ada pelbagai lagi aktiviti menarik boleh diatur seperti memanah, ATV, jungle trekking, trip ke air terjun Lata Berembun, paintball, lawatan ke santuari gajah kebangsaan, menaiki kenderaan pacuan 4 roda, berakit, flying fox dan lawatan ke Empangan Klau.
Nak datang berehat sambil menikmati udara nyaman & segar di kaki bukit pun best.
Rock Mountain Resort, Lot PT6900(A), Kampung Sungai Ruan, 27600 Raub, Pahang