Anda tahu tak, pada setiap tahun sebuah Indeks iaitu Henley Passport Index(HPI) akan dikeluarkan. Ia menyusun pasport mengikut bilangan destinasi yang boleh dicapai menggunakan pasport biasa negara tertentu tanpa memerlukan visa terlebih dahulu ('bebas visa'). Berikut adalah kedudukan 20 negara teratas dalam indeks ini bagi tahun 2022 :
- Singapura
- Korea Selatan
- Jepun/Finland/Jerman/Sepanyol
- Luxembourg/Perancis/Belanda/Sweden/Itali/Denmark
- Austria/Portugal/United Kingdom/New Zealand/Ireland
- USA/Canada/Switzerland/Norway
- Belgium/Greece
- Poland/Malta
- Australia/Slovakia
- Hungary/Republik Czech
- Lithuania
- MALAYSIA/Latvia/Estonia
- Liechtenstein /Slovenia
- Iceland
- Monaco
- Cyprus
- Ermiriyah Arab Bersatu/Romania/Croatia
- Bulgaria
- Chile
- Argentina/San Marino/Hong Kong.
Negara Yang Boleh Dilawati Rakyat Malaysia Tanpa Visa
Dengan sebanyak 140 negara boleh dilawati tanpa visa, ia meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 dengan passport terkuat. Berikut adalah merupakan negara yang boleh dilawati rakyat Malaysia tanpa memerlukan visa.
Albania, Algeria, Andorra, Anguila, Antigua and Barbuda, Argentina, Aruba, Austria, Bahamas, Barbados, Belarus, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire St Eustatius and Saba, Bosnia and Herzegovina, Botswana, Brazil, British Virgin Islands, Brunei, Bulgaria, Cambodia, Cayman Islands, Chile, Cook Islands, Costa Rica, Croatia, Cuba, Curacao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Dominica, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Estonia, Eswatini, Faroe Islands, Fiji, Finland, France, French Guiana, French Polynesia, French West Indies, Gambia, Georgia, Germany, Gibraltar, Greece, Greenland, Grenada, Guam, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Hong Kong, Hungary, Iceland, Indonesia, Iran, Ireland, Italy, Jamaica, Japan, Kazakhstan, Kenya, Kiribati, Kosovo, Kyrgyzstan, Laos, Latvia, Lesotho, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macau, Malawi, Malta, Mauritius, Mayotte, Mexico, Micronesia, Moldova, Monaco, Mongolia, Montenegro, Montserrat, Morocco, Namibia, Netherlands, New Caledonia, Nicaragua, Niue, North Macedonia, Northern Mariana Islands, Norway, Panama, Peru, Philippines, Poland, Portugal, Qatar, Reunion, Romania, Saint Kitts and Nevis, San Marino, Senegal, Singapore, Slovakia, Slovenia, South Africa, South Korea, Spain, St. Helena, St. Maarten, St. Pierre and Miquelon, St. Vincent and The Grenadines, Suriname, Sweden, Switzerland, Taiwan, Tajikistan, Tanzania, Thailand, Trinidad and Tobago, Tunisia, Turkiye, Uganda, United Kingdom, Uruguay, Uzbekistan, Vanuatu, Vatican City, Venezuela, Vietnam, Wallis and Futuna, Zambia, Zimbabwe.
Visa On Arrival (VOA)
Ini pula adalah senarai negara yang rakyat Malaysia boleh kunjungi dengan Visa On Arrival (Visa akan diberikan secara automatik semasa ketibaan tanpa bayaran ataupun dengan sedikit bayaran). Terdapat 36 negara di dalam senarai ini :
Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Bolivia, Burundi, Cape Verde, Comoros, Egypt, Guinea-Bissau, Jordan, Kuwait, Lebanon, Madagascar, Maldives, Marshall Islands, Mauritania, Mozambique, Nepal, Oman, Palau, Rwanda, Saint Lucia, Samoa, Seychelles, Sierra Leone, Solomon Islands, Somalia, Sudan, Syria, Timor Leste, Togo, Tonga, Tuvalu, United Arab Emirates, Yemen.
ETA (Electronic Travel Authority)/ Online Visa/ E-Visa
Terdapat juga negara-negara yang mengenakan visa elektronik kepada pelancong atau pelawat dari Malaysia. Visa ini boleh dimohon dan diproses secara dalam talian dengan sejumlah bayaran. Tempoh dan syarat kelulusan bergantung kepada kriteria dimiliki pemohon. Negara-negara tersebut adalah :
Armenia, Australia, Benin, Colombia, Djibouti, Ethiopia, Gabon, Guinea, India, Ivory Coast, Myanmar, New Zealand, Norfolk Island, Pakistan, Papua New Guinea, Sao Tome and Principe, Saudi Arabia, Sri Lanka, Ukraine.
Wajib Visa
Akhir sekali, ini adalah senarai negara yang memerlukan visa bagi rakyat Malaysia. Visa diwajibkan dengan permohonan dan diproses secara manual di kedutaan atau wakil negara terbabit. Dikenakan sejumlah bayaran. Kadangkala memerlukan sessi temuduga sebelum diberikan kelulusan bersyarat.
Terdapat 34 negara di dalam senarai ini iaitu :
Afghanistan, American Samoa, Angola, Bhutan, Burkina Faso, Cameroon, Canada, Central African Republic, Chad, China, Congo, Democratic Republic of Congo, Equatorial Guinea, Eritrea, Falkland Islands, Ghana, Iraq, Liberia, Libya, Mali, Nauru, Niger, Nigeria, North Korea, Palestine, Paraguay, Puerto Rico, Russia, Serbia, South Sudan, Turkmenistan, Turks and Caicos Islands, United States of America, US Virgin Islands.
Syukur Alhamdulillah kerana passport negara kita antara yang "berpengaruh" di mata dunia. Sekaligus menunjukkan kepercayaan dan keyakinan negara luar terhadap rakyat Malaysia.
Kita bebas keluar masuk di banyak negara dengan hanya menggunakan passport. Hanya negara tertentu yang memerlukan untuk kita memohon dan membayar harga visa. Bayangkan jika passport Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke setiap negara sudah pastilah kita terpaksa menanggung beban bayaran visa sebagai kos tambahan.
Semoga para pemegang passport Malaysia menghargai kemudahan ini dengan cara sentiasa berkelakuan baik serta mematuhi undang undang negara luar yang kita kunjungi. Jangan sampai keistimewaan ini ditarik balik oleh negara luar gara gara sikap buruk pemegang passport Malaysia itu sendiri.
Semoga bermanfaat sebagai panduan mereka yang bercadang untuk mengembara.