HalalXPlorer Logo
nasi lemak myvi merah di cyberjaya !
28 June 2023

Nasi Lemak Myvi Merah di Cyberjaya !

Kongsikan:

Sesiapa yang tinggal di Cyberjaya atau kawasan berhampiran boleh bantu sokong perniagaan milik suami isteri ini.

Nasi Lemak Myvi Merah di Cyberjaya !

Kisahnya, sebelum ini mereka sudah meniaga nasi lemak di kawasan tersebut dengan 'membuka meja' namun tidak dapat diteruskan disebabkan tiada lesen dan kawasan tersebut adalah kawasan larangan menjaja.

https://www.tiktok.com/@abangetocarimakan/video/7248923698667736322?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7241438382110443016

Mereka kemudian cuba mendapatkan lesen meniaga namun syarat yang dikenakan adalah perlu mendapatkan kawasan yang dibenarkan menjaja terlebih dahulu.

Nasi Lemak Myvi Merah di Cyberjaya !

Setelah mata pencarian terhenti lebih seminggu, mereka akhirnya menemukan satu solusi.

Nasi Lemak Myvi Merah di Cyberjaya !

mereka tidak mampu untuk membeli trak makanan disebabkan kos yang terlalu tinggi jadi mereka mengubahsuai kenderaan milik mereka secara sendiri (DIY). Kenderaan persendirian Myvi tersebut telah berusia 17 tahun.

Nasi Lemak Myvi Merah di Cyberjaya !

Selain nasi lemak, mereka juga menjual pelbagai jenis kuih-muih, bihun, dan kuey teow.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA