Masakan Indonesia yang kebanyakan kita selalu rasa adalah Ayam Penyet, Bakso, Pecel Lele. Macamana pula dengan masakan asli dari kawasan lain di Indonesia? Contohnya masakan asli dari Bali.
Kepada yang belum pernah merasai menu-menu dari Bali, atau yang nak melepaskan rindu dah lama tak bercuti ke 'Pulau Dewata' tu bolehlah ke Kafe Bali dan juga Bumbu Bali di Bandar Puteri, Puchong.
Bermula daripada hiasan, perabot sehingga ke menu makanan kesemuanya asli dari Bali. Memang patut cuba bagi sesiapa yang mahu mencuba sesuatu yang baru.
Menu Fusion Dari Bali
Selain daripada suasana Bali yang estetik, anda juga boleh menantikan makanan di KafeBali. Hidangan utama Bali dan juga 'fusion' yang lazat seperti Soto Makaroni, Pasta Penne Kambing Bumbu dan Roti Fried Fish Ciabatta akan membangkitkan selera anda.
Pastri Pun Ada !
Sementara itu, anda juga boleh memesan beberapa pastri dan pencuci mulut untuk anda nikmati dengan secawan kopi di KafeBali. Antara yang terkenal adalah Soft Baked Cheesecake and Kue Pandan Kelapa.
Alamat
Kafe Bali, 16, Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi
Waktu Operasi: 10 pagi - 8 malam setiap hari
Hubungi
03-8052 4675
Status Halal
Mesra Muslim (Menggunakan bahan yang disahkan Halal)