Wah, dekat Kulim ada satu pusat pelancongan Agro bersepadu. Ini adalah Ruza Agrotech. Buat masa ini tak siap sepenuhnya, tapi dah boleh melawat.
Setakat ni masuk percuma, akan ada buggy bawa pengunjung dari tapak letak kenderaan masuk ke dalam Ruza Agrotech.
Kat dalam, anda boleh bergambar di pelbagai spot OOTD menarik, ada kiosk jualan, ada pelbagai 'ride' untuk kanak-kanak, ada pasar mini, boleh bermain dengan pelbagai jenis haiwan, melawat ladang, aktiviti berkuda, memanah, ATV dan ada port makan juga.
Ada waktu berkala, Ruza Agrotech anjurkan program-program Ilmu seperti Kuliah Dhuha.
InsyaAllah bermula awal 2023 Ruza Agrotech akan siap sepenuhnya. Lagi best sebab ada Petting Zoo, Floating Market, Kolam Memancing, Kolam Penternakan Ikan, Pelbagai Ladang Buah & Sayuran, Aktiviti Lasak.
Alamat
Ruza Agrotech, Lot 193-195 & 3959-3963, Jalan Limau Mandarin, Jalan Kampung Sungai Limau, 09600 Lunas, Kedah