Ni dia kafe terbaru dibuka di Perlis, berdekartan dengan Kebun Mangga Harumanis Wan Pa. Jadi, kalau melawat Perlis boleh melawat dua-dua kawasan ni sekali.
Walaupun baru sahaja dibuka tetapi kafe ini memang mendapat tempat di hati warga Perlis dan pelancong disebabkan banyak perkara.
Pemandangan Menarik
Pertama sekali mestilah pemandangan kat sini. Memang nyaman, aman damai, permai semua ada. Selalu orang makan tepi bendang, Sadiah Cafe ni siap ada platform makan atas bendang terus. Nak OOTD memang cantik !
Menu Pelbagai
Kedua, makanan punyalah banyak. Harga pun berpatutan. Nak shellout ada, western ada, makanan orang kita ada, segala jenis coffee ada, burger & goreng-goreng pun ada.
Layanan Mesra
Paling best, daripada tuan empunya sampai ke staff memang mesra. Sementara tunggu makanan dipesan tu siap, kita akan dapat jajan/makanan ringan dulu. Kalau ada kanak-kanak, dapat barang untuk mewarna. Tak adalah main fon jer kan.
Alamat
Sadiah Cafe, Lot 843, Jalan Wang Ulu, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi
5.00 petang – 12 malam (Cuti Rabu)
Hubungi
019-447 9070