Ingin merasai pengalaman inap desa di Mersing? Terletak jauh daripada kesibukan kota ditemani kehijauan pepohon bakau dan keindahan laut yang menenangkan. Ini adalah artikel untuk anda.
Hari ini kami nak kongsi, ada satu resort cantik sangat, harga pun marhaen. Baru buka bermula 1 Mei 2023. Memang tiptop ! Ini adalah Kampung Stay - Teluk Buih yang terletak di Mersing, Johor.
Yang bawa anak-anak dengan keluarga jangan risau sebab ada pantai berdekatan yang mengambil masa 3 minit sahaja dengan berjalan kaki.
Dah sesuai sangat lah nanti plan untuk buat family day atau reunion sesama kawan sekolah atau company trip.
Pada masa yang sama, anda yang stay sini boleh ke restoran dekat atas floating deck dengan tiupan angin bayu dan view kampung nelayan dan hidangan selera tempatan dan jugak westen food.
Restoran ini turut dibuka untuk orang luar yang tidak menginap.
Ada 2 jenis unit penginapan iaitu villa dan twin villa. Luar dah cantik dah macam English Cottage. Rupanya, dalam lagi cantik. Terutama tandas dan pantri tu, kalah hotel ! Konsep gabungan reka bentuk moden dan tradisional.
Sesuai dengan nama diberi Kampung Stay, memang aman damai sangat tempat ni sebab terletak berhampiran perkampungan nelayan kecil. Tepi laut, dapat nikmati pemandangan dan bayu kat sini. Laut kat Mersing pun orang dah tahu memang cantik !
Kalau nak lari dari kesibukan kota, menginap di tempat yang aman damai, fasiliti lengkap dan kemas, serta selesa memang disinilah tempatnya.
Alamat
KampungStay-Teluk Buih , Jln Teluk Buih, Air Papan, 86800 Mersing, Johor