Dah datang Cameron Highlands sejuk macam oversea, homestay pun kena ambil yang ala 'oversea' baru la dapat feel.

Salah satu homestay paling best adalah Tiny Boutique Habitat di Taman Sedia. Dimiliki oleh Muslim.

Environment homestay ni memang sangat-sangat menenangkan. Ada garden yang lawa, mini farm (Arnab, Ayam, Itik, Burung & binatang lain), boleh bagi makan, dan bawa anak kat sini memang sesuai.

Bukan sahaja cantik di bahagian luar, malah bahagian dalam hotel juga bersih, kemas dan memuaskan.

Nak ke ladang strawberi pun dekat, boleh jalan kaki. Taman Sedia ini juga berdekatan dengan pelbagai jenama restoran yang menghidangkan Nasi Lemak Strawberi dan juga Scone.
Paling best, dekat sini juga ada Cafe iaitu Tiny Boutique Habitat Cafe. Kat sini ada 'Wood fire' Pizza . Pizza dibakar secara tradisional dengan arang kayu. Dapat makan pizza panas waktu sejuk memang best.

Alamat
Tiny Boutique Habitat, 24, Kg Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang
Hubungi
0162153244