Kumpulan Tiong Nam mengumumkan pelancaran 1975 AVENUE & HOTEL, hub gaya hidup (lifestyle hub) bertemakan penerbangan pertama di Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia.
Terletak di Kempas dengan keluasan 19,000 meter persegi, hub tersebut turut menampilkan hotel 38 bilik yang menawarkan tetamu akses ke taman permainan pantai buatan manusia yang menakjubkan dikelilingi taman ala-resort yang memberikan anda suasana percutian dalam kesibukan kota Johor Bahru.
Sambil merasai pengalaman epikurean yang unik,pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai jenis hidangan bermula dari makanan kasual tempatan hingga ke santapan gourmet antarabangsa termasuk makan kontemporari/kasual, omakase/bufet, gaya keluarga, kafe tepi kolam/ bistro, kedai F&B, kafe dan tempat makan bertema, hiburan dan aktiviti lain.
Ia direka untuk menarik generasi baharu perniagaan domestik dan antarabangsa dan pelancong percutian, serta keluarga yang mencari pengalaman unik.
Bagi pengembara korporat , 1975 AVENUE & HOTEL menampilkan ruang acara dalaman dan luaran untuk majlis yang paling diingati. Ruang acara ini sesuai untuk sidang kemuncak perniagaan, pameran perdagangan, ekspo, pelancaran produk, sidang akhbar, acara permaidani merah , perhimpunan sosial, majlis perkahwinan, jamuan perkahwinan dan bazar hujung minggu.
Reka bentuk dan konsep 1975 Avenue & Hotel menawarkan keunikannya untuk tetamu menikmati "time travel" apabila mereka berkunjung.
Di dalam hotel, kokpit dan kabin semua suite menampilkan hiasan dalaman vintaj dan megah tahun 70-an untuk penerbangan staycation yang abadi.
Ia juga merupakan tempat yang bagus untuk percutian romantis untuk pasangan atau percutian keluarga yang menyeronokkan dengan pantai buatan manusia luaran dan kolam lagun yang tersedia di seluruh kawasan.