Siapa yang tidak mengenali Syukor Burger ? Satu jenama burger tepi jalan atau burger rakyat Marhaen yang masih lagi dikira baru namun jenama ini berkembang dengan begitu pantas sehingga telah berjaya menjual sebanyak 1 Juta biji burger selepas hanya beroperasi 9 bulan pada 2021 lalu.
Kini, jenama burger yang terkenal dengan slogan 'Harga Teres, Rasa Kondo, Saiz Banglo' itu bergerak maju ke hadapan apabila mereka telah membuka sebuah restoran , siap dengan perkhidmatan pandu-lalu (Drive-Thru), ala-ala jenama burger McDonald's dah ! Fuh memang international !
Kepada anda yang tinggal berdekatan Johor Bahru atau merancang melakukan perjalanan ke Johor Bahru, boleh sama-sama menyokong perniagaan burger bumiputera ini.
Lokasi Syukor Burger
Syukor Burger terletak di pusat perniagaan Tebing di Bandar Dato' Onn. Antara mercu tanda berhampiran adalah Aeon Bandar Dato' Onn, Hospital Pakar KPJ Banda Dato' Onn dan juga Masjid Sultan Iskandar.
Lokasi ini terletak kira-kira 20-30 minit perjalanan dari Bandaraya Johor Bahru.
?Syukor Burger, Tebing@Bandar Dato' Onn, Jln Dato' Onn Utama, Nasa City, 81100 Johor Bahru, Johor