Nak bercuti kat Cameron Highlands, boleh menginap dekat hotel terbaru iaitu Hotel Brynton. Dari luar nampak biasa-biasa sebab hotel atas lot kedai.
Tapi rupanya bila masuk ke lobi saja dah nampak dekorasi boleh tahan mewah juga. Cantik, bersih dan kemas saja serba serbi.
Menjengah ke bilik, dekorasi ringkas menyerlahkan elemen mewah di dalam bilik. Ruang tandas pula kelihatan bersih dan agak luas.
Paling seronok, hotel ni dekat Cameron Centrum, kawasan paling happening dan meriah dengan pelbagai makanan di CH. Ada Family Mart, Pizza Hut, Marrybrown, KFC, Starbucks, CU, Steamboat dan macam-macam lagi. Memang senang, turun bawah je.
Lokasi
Hotel Brynton, Cameron Centrum, A-G-8, Presint 1, 39100 Brinchang, Pahang