Passport adalah perkara utama dan wajib untuk seseorang itu ada sebelum memulakan perjalanan ke luar negara. Kalau dulu, nak buat passport ni mudah jer. Tapi, selepas pandemik Covid-19 ini dah ada cara baru untuk perbaharui passport secara atas talian (online).
Mulalah, ramai keliru, ramai tak faham macamana nak buat, ramai salah buat, tak reti sediakan gambar dan sebagainya.
Jika anda pun keliru bagaimana caranya untuk perbaharui passport ini, ikuti perkongsian daripada Saudari Nrul Nzwa ini :
disebabkan ramai bertanya, jadi rasa terpanggil nak share experience renew passport secara online. sebelum ni baca pengalaman orang lain macam susah, leceh tapi bila buat sendiri mudah je
1. sebelum masuk website, pastikan dah ada gambar passport.
boleh amek gambar sendiri atau pergi studio.
kalau nak jimat boleh tengok tutorial buat gambar passport kat youtube. tapi kalau nak senang and taknak fikir banyak pergilah studio. pakai lah tudung hitam and plain. sbb passport kan gambar dia hitam putih je. kalau pakai tudung cerah tak nampak nanti. makeup simple je tau jangan pakai lens or spec.
2. aku amek gambar kat IK Photography beralamat 8, Jalan Setia 3/7, Taman Setia Indah, 81100 Johor Bahru. dia bagi hard copy 4 keping and soft copy dia boleh hantar file thru whatsapp or email. harga rm25. rasa mcm mahal sikit compare tempat lain. ada tempat yg dapat benda sama tp rm17/rm18 je. sini dia cekau kau rm25. so sbb mahal, kena lah dapatkan gambar yg puas hati. hahahah aku direct je cakap lepas amek gambar aku nak tengok dulu okay ke tak. bila dah dapat gambar yg aku rasa ok boleh proceed.
3. aku letak kat sini link untuk mudahkan korang buat application.
nahhhhh
https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport...
4. ikut je step dia, boleh baca sendiri sbb benda ni senang je. isi particular kau. renewal online ni untuk passport yang belum luput tau. untuk permohonan baru kena walk in ye. process walk in aku tak tahu macam mana.
5. nnt sampai step kau kena upload gambar kau, makesure format gambar, JPEG, PNG or apa tah lg 2 tu. size dalam 50kb-300kb shj. lebih dari pandai2 lah kau edit kat apps paint ke untuk tukar format. kalau kau buat kat kedai mcm aku ni dia siap2 bagi gambar yang boleh masuk dlm website. so tinggal upload n alter ikut spesifikasi yang dia tunjuk.
6. payment buat online ye. FPX or pakai no kad. aku pakai FPX senang sikit. harga rm200 untuk 5 tahun.
7. pengalaman aku sendiri, dah hujung2 tu dia bgtau success tp tp tp aku ada kena verify cap jari aku. dia bagi link siap2 untuk buat booking.
nahhhh https://sto.imi.gov.my/STO/booking.php
8. aku buat booking pagi tadi. aku datang untuk amek cap jari. lepastu dia suruh aku tunggu dalam sejam passport siap.
dalam setengah jam lepastu aku pun dapat email bagitahu yg passport dah siap. masuk kat kaunter tu balik dia panggil nama, sign, amek passport terus chawww.
9. nak puji lah abg2 yg keje imegresen UTC Pasir Gudang, sbb sempoi je. friendly. selalu jumpa org keje mcm ni muka ketat je kan. haha ni siap boleh gurau. ok lah tu. tak stress sgt kot. hahahah
ok sekian. good luck!