HalalXPlorer Logo
bazar raya geylang serai 100 peratus halal
20 June 2023

Makanan dan minuman di Bazar Raya Geylang Serai tahun ini dijamin 100 peratus Halal !

Kongsikan:

Makanan dan minuman yang dijual semasa Bazar Raya Geylang Serai tahun ini akan dipastikan 100 peratus Halal. 

Vendor-vendor juga akan menerima pelekat 'I Am Halal!' yang perlu ditampal di gerai mereka sepanjang tempoh bazar Raya itu. 

Demikian jaminan pihak penganjur iaitu konsortium tiga syarikat termasuk S-Lite Event Support Pte. Ltd, Enniche Global Trading dan TLK Trade Fairs & Events Pte. Ltd.

Mereka juga akan menarik balik perjanjian dengan vendor-vendor yang tidak mengekalkan standard Halal itu bagi memastikan kebajikan masyarakat Melayu/Islam sepanjang tempoh perayaan itu kekal terjaga. 

Menurut pengasas syarikat Enniche Global Trading, Encik Mohamed Mustaffa Shah Jehan, pihak penganjur akan bekerjasama dengan konsultan Halal MUIS bagi untuk memastikan para vendor makanan dan minuman memahami keperluan dan garis panduan yang perlu ditepati. 

Ini termasuk memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan dijamin Halal dan setiap perniagaan perlu menggajikan sekurang-kurangnya satu kakitangan Muslim dalam satu-satu masa.

Konsultan Halal pihak penganjur akan mengadakan pemeriksaan rambang ke atas vendor-vendor bagi memastikan mereka mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan. 

Jika didapati ada vendor yang tidak mematuhinya, pelekat 'I Am Halal!' mereka akan ditarik balik dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. 

Menurut pihak penganjur, mereka juga tidak akan teragak-agak mengeluarkan mereka daripada senarai vendor jika perlu. 

Pihak penganjur dan WGS juga menyatakan bahawa edisi Bazar Raya pada tahun 2019 dan 2022 juga berjaya dijalankan dengan vendor-vendor yang menjual produk-produk 100 peratus Halal. 

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA