House of Losong, salah satu kafe outdoor di Kuala Terengganu. Yang seronoknya kafe ini dibangunkan di tepi sungai. Memang syahdu mengopi sambil tengok sunset di sungai sini. Anda kalau ke Terengganu jangan lupa singgah disini.
Lokasi kafe ini tidak jauh dari Perkampungan Keropok Lekor Losong, Muzium Negeri Terengganu, Masjid Kristal dan Pusat Bandar Kuala Terengganu.
Selain daripada minuman kopi, mereka juga menjual pelbagai jenis pastri.
Alamat
House of Losong Kopi Bayu, 1537, Kampung Losong Masjid, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu