Laluan kereta api pantai timur (ECRL) merupakan sebuah projek yang menghubungkan landasan kereta api antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan ia melalui wilayah pantai timur iaitu Terengganu, Pahang dan juga Kelantan.
ECRL ini merupakan laluan yang baharu yang berfungsi menggerakkan ekonomi wilayah Pantai Timur apabila ia akan membawa penumpang dan juga kargo terutama dari Kerteh dan Pelabuhan Kuantan menuju ke Pelabuhan Klang.
Melalui gambaran awal firma arkitek terkenal, Veritas, kita dapat melihat beberapa reka bentuk stesen ECRL yang akan dibina nanti.