HalalXPlorer Logo
15 December 2023

Syoknya orang Taiping, Taman Botani Perak fasa 2 pula akan dibina

Kongsikan:

Wah makin hijaulah bumi Taiping kerana kerajaan mengatakan projek pembangunan Taman Botani Perak fasa kedua, di sekitar Taman Tasik Taiping, akan dilaksanakan apabila peruntukan berjumlah RM10 juta diluluskan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara Rotina Mohd Daik berkata projek itu merupakan kesinambungan projek fasa pertama yang menerima sambutan luar jangkaan daripada pengunjung, sejak taman botani itu mula dibuka pada 16 Ogos tahun lepas.

"Pembangunan Taman Botani Perak pada dasarnya membabitkan tiga fasa meliputi keluasan keseluruhan 22.9 hektar, dengan fasa pertama seluas 14.5 hektar sudah siap dibina sejak 16 Nov 2018 meliputi 6.3 hektar pembangunan fizikal serta 8.2 hektar dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan badan air,” katanya pada sidang media di majlis pembukaan semula Taman Botani Perak di sini, hari ini.

Kalau anda belum tahu, Taman Botani Perak, yang kedua dibina selepas di Pulau Pinang adalah berkonsepkan muzium hidup tumbuh-tumbuhan yang ditanam dengan 12,445 tumbuhan pelbagai kategori melibatkan 122 spesies.

Taman Botani Perak mempunyai empat laman iaitu Laman Endemik Zon Utara iaitu zon penanaman melibatkan spesies endemik yang hanya terdapat di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis seperti pokok Maingaya dan pokok Mata Pelanduk Langkawi

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Khairul Amir Mohamad Zubir berkata pihaknya akan mula mengenakan bayaran masuk sebanyak RM2 ke Taman Botani Perak, di sini, bermula 1 Januari tahun depan. Jadi, anda cepat-cepatlah datang kalau nak jimat sikit. Tapi, kalau kena bayar pun RM2 itu memang berbaloi dengan ilmu mengenai flora yang kita boleh pelajari. Tambahan pula katanya, bayaran itu merupakan caj konservasi dalam usaha membantu kerja pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna yang terdapat di taman khususnya bagi tumbuh-tumbuhan dalam kategori spesies terancam.

Kami Kongsi. anda Terokai

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA