Buat yang berdekatan atau yang ada plan nak bercuti ke Taiping boleh menginap di Larut Hillview Kabin di Air Kuning, Taiping.
Ini adalah tempat percutian berkonsepkan kabin serta alam semulajadi yang dilengkapi kolam mandi serta lain-lain kemudahan yang menarik.
Ada 12 bilik Kabin atas bawah. Rate harga dari RM180 untuk bilik queen termasuk sarapan. Sarapan pagi nanti buka je pintu dah terhidang atas meja di luar.
Ditambah dengan pemandangan kehiijauan bukit dijamin memukau pandangan.Sesuai untuk rehatkan minda dan menghirup udara yang segar.
Petik sendiri sayur di kebun sedia menanti anda. Ada juga aktiviti melawat perkampungan di kawasan bukit serta mandi sungai yang pasti tidak akan dilupakan.
Anda juga boleh menggunakan kolam mandi kanak-kanak dan dewasa, mandi sampai kecut.
Kalau nak masak pun ada disediakan tempat memasak. Bawa je barang masak. Nak buat BBQ pun boleh.
Alamat
Larut Hillview Kabin, Larut Ulu, Lot 170, Jalan Nordin, Kampung Air Kuning, 34000 Taiping, Perak