Teringin juga nak pergi Thailand sekarang ni, tapi passport dah expired. Nak buat baru tapi masa menunggu memang lama. Imigresen sekarang asyik penuh aje.
Mujur jumpa satu warung ni. Ingatkan kat Thailand, rupanya warung ni kat Malaysia ja. Okay sangat ni, boleh melepas rindu.
Ini adalah Rumah Makan di Kangar, Perlis. Salah satu tempat wajib singgah bila sampai di Perlis. Warung ala siam, tepi sawah.
Antara menu yang menarik dari Rumah Makan adalah Laksa Legend dari Kuala Perlis, Bakso Ori Medan, Nasi Lemak Bawal King, Chendul (cendol) RM.
Chendul sini ada macam-macam jenis. Ada chendul durian (D24/ Musang King), Chendul Pulut Hitam, Chendul Tapai. Tapi paling unik adalah Chendul Aiskrim iaitu gabungan Chendul & Ais Krim Magnum !
Alamat
Rumah Makan,Lot 1170 Kampung Paya, Jalan Kaki Bukit 01000 Kangar, Perlis