HalalXPlorer Logo
29 May 2020

4 Hotel Islamik pilihan kami di sekitar Lembah Klang

Kongsikan:

Sebagai negara dengan Islam sebagai negara rasmi , konsep Islamik , Mesra Muslim , dan Halal sememangnya sangat sinonim Malaysia. Tidak terkecuali dalam bidang hospitaliti. Disini kami senaraikan kepada anda 5 hotel Islamik yang menjadi pilihan kami di sekitar Lembah Klang.

Kami sertakan juga faktor yang menjadikan hotel tersebut sebagai Hotel Islamik.

Hotel De Palma, Ampang

hotel islamik de palma ampang
Sumber : Agoda
Sumber : De Palma
  • TARAF : 4 BINTANG
  • HARGA BERMULA : RM117 ++ / MALAM

Hotel ini dimiliki De Palma Management Services Sdn Bhd melalui hotel kumpulan De Palma Group of Hotels & Resort. Entiti ini dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Mereka mula beroperasi pada tahun 1996. Selain itu, mereka juga mempunyai hotel di Shah Alam dan satu resort di Kuala Selangor.

Sumber: De Palma

KEUNIKAN : De Palma Hotel Ampang adalah hotel islamik yang menawarkan kemampuan terbaik dan mesra Muslim di tengah-tengah Kuala Lumpur. 204 bilik yang direka dengan indah dan 32 suite yang luar biasa membangkitkan kehebatan dengan kilauan Islam. De Palma Hotel Ampang adalah hotel pertama di Malaysia yang dibenarkan melakukan solat Jumaat di Surau Nurul Hikmah.

Selain itu, mereka menawarkan tingkat khas Islam (Islamic Floor), yang terdiri dari 25 bilik dengan 2 suite dan 2 suite eksekutif, di mana seruan untuk solat atau Azan dapat didengar di koridor. Setiap bilik dilengkapi dengan Satu Al-Quran, tudung solat, dan tikar sembahyang. Bilik-bilik yang luas direka khas untuk keselesaan maksimum. Perabot yang direka khas dan hiasan moden memberikan rasa kemewahan dalam suasana Islam.

Terdapat 2 restoran di hotel ini iaitu The Rumbia dan The Sports Kopitiam. kedua-duanya menyediakan sajian Halal yang diiktiraf JAKIM.

Silka Maytower Hotel, Kuala Lumpur

  • TARAF : 3 BINTANG
  • HARGA PURATA : RM93 / MALAM
Sumber : halalbooking.com
Sumber : Halalbooking.com

KEUNIKAN : Walaupun dinilai bertaraf tiga bintang, Silka Maytower Hotel menawarkan kemudahan yang mesra Muslim yang setanding malah mungkin lebih baik berbanding beberapa hotel yang lebih mewah.

Hotel ini mempunyai sijil perakuan HALAL yang sah dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan mematuhi peraturan Islam dengan ketat. Hanya makanan halal dan tanpa alkohol yang disajikan. Petunjuk arah kiblat diletakkan di semua bilik, malah sejadah untuk kegunaan solat juga disediakan.

Grand Bluewave Hotel, Shah Alam

Sumber : Agoda.com
  • TARAF : 4 BINTANG
  • HARGA BERMULA : RM 190
Sumber : Bluewavehotels.com

KEUNIKAN: Grand BlueWave Hotel Shah Alam, adalah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang mendapat penilaian Hotel Mesra Halal tertinggi iaitu sebanyak 7 bintang oleh Crescent rating.

Untuk maklumat, Crescent Rating adalah pihak badan penarafan terkemuka di dunia untuk perjalanan mesra halal.

Dengan penarafan macamtu, Grand Bluewave adalah adalah hotel pertama yang mendapat penarafan tertinggi dari Crescent Rating di Malaysia. Jadi, traveller Muslim yang mementingkan aspek Halal dapatlah menikmati layanan hotel mewah ini dengan tenang .

Sumber : Agoda.com

Grand BlueWave menyediakan sajian yang diiktiraf halal di 4 restoran berbeza, menawarkan sajian tempatan dan pelbagai jenis makanan antarabangsa. Selain itu, minuman alkohol pun dilarang keras oleh pihak pengurusan hotel.

Kemudahan mesra halal yang lain termasuk penyediaan Al-Quran, papan tanda kiblat di dalam bilik, sejadah solat dan tingkat khas wanita sahaja yang terletak di tingkat 17 hotel ini.

Mereka juga menyediakan kemudahan rekreasi seperti kolam renang dan gimnasium dengan waktu khas untuk wanita sahaja. Selain itu, hotel ini juga mempunyai ruang solat dan kemudahan yang berasingan untuk lelaki dan wanita . Memang hebat sampai hotel ini diiktiraf JAKIM dan juga JAIS sekaligus. MasyaAllah !

Sumber : Booking.com

Mesra Halal tidak menjadikan mereka menolak elemen kemewahan. Mereka turut menyediakan Executive Suite / Presidential Suite yang sesuai untuk golongan kenamaan.

Sumber : Bluewavehotels.com

PNB Perdana Hotel & Suites On the Park, KLCC

Sumber : Traveloka
  • TARAF : 4 BINTANG
  • HARGA BERMULA :237

PNB Perdana Hotel & Suites On the Park adalah hotel berkonsepkan 'Apartment' yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Hotel ini sebenarnya adalah pemegang status sebagai hotel Halal pertama di Malaysia .

Sumber : Agoda.com

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park mendapat sijil ISO 9001: 2000 pada tahun 2006. Dua tahun kemudian, mereka menjadi hotel pertama di Malaysia yang menerima Sistem Pengurusan-Keperluan (QMS) MS1900: 2005 dari Perspektif Islam.

Dua restoran utama di hotel ini, 10Binjai dan The 39 Restaurant menawarkan sajian Halal tempatan dan antarabangsa telah disahkan Halal oleh JAKIM sejak 2007 lagi.

10 Binjai cafe
10Binjai . Sumber : Agoda.com
The 39 Restaurant. Sumber : Agoda

Kemudahan rekreasi hotel seperti kolam renang dan sauna juga mengambil kira keperluan tetamu Muslim. Antaranya, terdapat beberapa waktu khas untuk tetamu wanita di gimnasium.

Pada tahun 2014, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park dianugerahkan penilaian mesra Muslim sebanyak 7 bintang oleh Crescent Rating , seperti yang diterima oleh hotel Grand Bluewave.

Sumber : Booking.com

Walau bagaimanapun, tetamu bukan Islam dibenarkan untuk menikmati daging babi dan minuman keras dengan syarat secara tertutup di dalam bilik mereka.

Namun, bilik yang digunakan itu akan dibersihkan secara menyeluruh dengan proses sertu khas bagi memastikan ia halal dan suci untuk tetamu yang akan datang. Alhamdulillah !

Kami juga telah menulis untuk anda perihal sebuah hotel Islamik di tengah kota Buddha, boleh dibaca disini.

Jika anda mahukan lebih banyak info menarik mengenai Halal Travel, Ikuti kami di SurgaRoute. Kami Kongsi , Anda terokai .

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA