Bagi peminat sesetengah orang, melakukan perjalanan darat dengan tren mewah pasti menjadi impian. Kiranya macam trips of a lifetime lah gitu !
Mungkin kita sering membayangkan Venice Simplon-Orient-Express yang begitu sinonim di Eropah. Antara route yang sinonim dengan mereka adalah Venice- London , Paris-Venice , Paris-Verona.
Tetapi tahukah anda, perkhidmatan tren mewah sebegini juga terdapat di Malaysia ! Kami kongsikan kepada anda Eastern & Oriental Express , iaitu syarikah perkhidmatan keretapi mewah dari Singapura-Bangkok.
Sumber : Travel Triangle
Tren ini bergerak bermula dari Woodlands Checkpoint, Singapura dan berakhir di stesen Hua Lamphong, Bangkok. Dalam perjalanan tersebut, tren ini berhenti di beberapa stesen iaitu Kuala Lumpur, Butterworth, dan Kanchanaburi. Jadi, anda boleh pertimbangkan untuk menaiki tren ini dari Malaysia sahaja tanpa perlu bermula dari Singapura ataupun Bangkok.
Keseluruhan perjalanan tren ini mengambil beberapa hari bergantung kepada pakej yang diambil. Perjalanan paling singkat memakan masa 3 Hari 2 Malam.
Pada awalnya, perkhidmatan ini mula diperkenalkan pada 1993 menghubungkan hanya Singapura dan Bangkok melalui Malaysia untuk memberi perkhidmatan tren dengan mengutamakan keselesaan, kemewahan dan makanan yang eksklusif kepada para penumpang. Kiranya, mereka ini menggabungkan pengembaraan dengan kemewahan.
Sejak tahun 2007 tren mewah ini telah melakukan perjalanan antara Bangkok dan Vientiane, ibu kota Laos. Makin jauh dia pergi.
Penginapan
Walaupun perjalanan beberapa hari mungkin perjalanan yang panjang di dalam tren biasa, namun jika disaluti kemewahan di atas tren ini sambil menikmati pemandangan 3 negara, mungkin tak terasa langsung tempoh perjalanan yang panjang tu. Tengok sahajalah bagaimana mewahnya kabin Tren ini.
Terdapat 4 jenis kabin penginapan yang boleh dipilih iaitu Presidential Cabin, State Cabin, Pullman Cabin dan juga Pullman Cabin Single. Cabin yang paling hebat sudah tentulah Presidential Cabin, tetapi bagi kami kalau dapat Pullman Cabin Single pun dah bersyukur !
Presidential Cabin
Sumber : Belmond.com
Sumber : Belmond.com
State Cabin
Sumber : Belmond.com
Sumber : Belmond.com
Pullman Cabin
Sumber : Belmond.com
Sumber : Belmond.com
Pullman Cabin Single
Sumber : Belmond.com
Makanan On-Board
Sumber : Luxurytrainclub
Sumber : Luxurytrainclub
Sepanjang perjalanan, anda akan dihidangkan dengan makanan mewah 3 kali sehari. Tetapi, ada hal yang memang buat mood jadi tak best . Setakat carian kami, Eastern & Oriental Express tidak menyediakan secara spesifik menu halal. Anda akan ditanyakan pilihan makanan dan sebarang alahan ketika membuat tempahan. Selain itu, Alkohol juga dihidangkan.
Nasihat kami : Anda perlu meminta Secara Peribadi Makanan Halal atau Makanan Laut tanpa Alkohol . Selain itu, kami nasihatkan anda untuk membawa sedikit bekalan makanan sendiri
Sumber : Easybook.com
Eastern & Oriental Express ini sebenarnya dioperasikan oleh Belmond Ltd. Mereka adalah syarikat perhotelan dan rekreasi yang mengendalikan hotel mewah, perkhidmatan kereta api dan pelayaran sungai di seluruh dunia. Sehingga tahun 2015, mereka mempunyai 35 hotel mewah, 7 kereta api pelancongan, 3 pelayaran sungai dan restoran di 22 negara. Perkhidmatan tren mewah yang terkenal, banyak dioperasikan oleh mereka.
Kereta api ini pula dibina di Jepun pada tahun 1972 dan beroperasi sebagai Silver Star di New Zealand. Kesemua 31 gerabak kemudian dikendalikan oleh Orient-Express Hotels.
Pada tahun 2014 mereka menjenamakan semula syarikat kepada Belmond Ltd. oleh A&G Price of Thames, New Zealand.
Pembinaan dalaman dan pemasangan dalaman serta lukisan dan lencana luaran yang luas dilakukan di depot penyelenggaraan mereka yang baru di Keppel Road Singapura. Reka bentuk pengubahsuaian itu dilakukan oleh GĂ©rard Gallet, yang banyak melakukan kerja reka bentuk dan pengubahsuaian produk Belmond lain seperti British Pullman dan Venice Simplon-Orient-Express. Sebab itu tidak hairanlah, Eastern & Oriental Express ini cukup mewah, membawa kita seolah-olah ke zaman Penerokaan Barat ke Asia satu ketika dahulu.
Fasiliti lain
Sumber : Belmond.com
Jadi bagaimana, nak cuba tak ? Perjalanan tren ini bukanlah setiap hari tetapi ada tarikh tertentu. Harga pakej juga berbeza. Jadi, untuk memudahkan anda, kami sertakan terus link untuk anda buat tempahan disini. Tempahan keseluruhan tren juga boleh dibuat dengan had minima 80 orang.
Perjalanan yang memakan beberapa hari ini pasti memerlukan kita melakukan kewajiban Solat Fardhu di atas tren. Bagaimana caranya? Kami akan buatkan artikel itu kepada anda, di SurgaRoute !