Hat Yai, terletak di Wilayah Selatan Thailand memang tak asing lagi dengan rakyat Malaysia. Lokasinya yang berdekatan dan populasi penduduk Muslim yang signifikan antara penarik utama rakyat Malaysia ke wilayah ini.
Salah satu aktiviti yang dibuat rakyat Malaysia adalah 'Food Hunting' , memburu makanan-makanan yang unik, sedap dan harga yang lebih murah dari Malaysia. Rupanya, makin lama makin best Hat Yai ni, sekarang nak food hunting lagi senang !
Terbaru, anda boleh datang ke Hat Yai Village, disini ada satu food court baru bernama 'Food Villa'. Katanya, terdapat lebih 80 gerai makanan di satu kawasan, dan banyak yang Halal ! Senang tak payah pergi jalan banyak-banyak tempat dah !
Food court ni pun cantik, selesa. Tandas pun best. Dekat sekitar Hatyai Village ni banyak lagi kedai dan restoran cantik, Instagrammable.
Lokasi
Food Villa - Hat Yai Village, 59 Nuankaew Uthit, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand