HalalXPlorer Logo
image 39
04 August 2022

MAHA 2022 Tawar 22 Segmen Menarik secara Hibrid

Kongsikan:

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2022 yang berlangsung selama 11 hari bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos 2022 akan menawarkan 22 segmen menarik melibatkan program secara hibrid iaitu fizikal dan maya. Penganjuran kali ini turut melibatkan segmen di dalam dan luar dewan.

Di luar dewan akan melibatkan laman-laman seperti Laman Padi, Laman Floriculture, Laman Nanas, Laman Agro Food, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Jentera, Laman Buah-Buahan, dan kendera saji (food truck).

Pengisisan di dalam dewan pula adalah seperti Agro Tech, Agro Lifestyle, Agro Tourism, Agro Youth yang menyaksikan belia sebagai agen transformasi kepada sekuriti makanan, Agro Edutainment, dan Agro Job Fair.

Dikhabarkan sebanyak 1,500 gerai jualan dibuka pada MAHA edisi kali ini disebabkan respons dan sambutan yang diterima daripada pemain industri serta pempamer terutama usahawan agro muda dan usahawan tani amat luar biasa.

Bagi usahawan atau pempamer yang tidak berkesempatan secara fizikal, MAHA 2022 akan juga diadakan secara virtual (maya).

Di samping itu, MAHA 2022 turut berusaha untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan melibatkan pertanian dan mempromosinya kepada generasi muda.

Antara salah satu inisiatif adalah Agro Food Job Fair iaitu platform kepada belia-belia yang ingin mencari pekerjaan sekali gus mempromosikan potensi pekerjaan dalam bidang pertaniaan. Sasarannya adalah menyediakan 5,000 pekerjaan hasil kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan 1,000 syarikat.

Namun, kini sudah ada 15,000 tawaran kerja melebihi sasaran asal. Para belia boleh mendaftar dalam talian terlebih dahulu, isi profil dan setibanya di MAHA menjalani temuduga dengan syarikat berdasarkan pencapaian akademik dan latar belakang pendidikan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA