Makanan barat dan juga pemandangan sawah padi adalah dua perkara yang agak biasa bagi rakyat Malaysia. Cuma dua situasi ini selalunya berasingan dan tidak sekali.
Uniknya di satu destinasi di Sungai Besar apabila elemen makanan barat bergabung dengan pemandangan sawah padi !
Kalau datang sini waktu petang sebelum matahari nak terbenam tu terbaik sangat ! Terasa angin sepoi-sepoi bahasa dengan pemandangan sawah padi yang menghijau sambil menikmati hidangan.
Set hidangan ada pelbagai bermula dari set seorang sehingga set keluarga, boleh makan ramai-ramai pada harga yang berbaloi.
Alamat
Burger Stop Western & Grill, Parit 7 1/2 Timur Jalan Baru, Kampung Sungai Panjang, 45300 , Sungai Besar, Selangor