Bukan mudah untuk menempah kejayaan di luar negara, tetapi Adi Sakinah Omar atau Kina Omar telah berjaya membuktikan kejayaan boleh dicapai dengan hasil usaha yang tak pernah putus, minat yang tinggi, dan pengharapan kepada Allah yang berterusan terhadap apa yang kita lakukan.
Siapakah Kina Omar?

Kina atau nama sebenar beliau Adi Sakinah Omar merupakan anak jati kelahiran Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Sek. Keb. Taman Universiti 2 dan Sek Men. Keb. Taman Universiti selepas itu mengikut ibu beliau melanjutkan pelajaran ke Glasgow, Scotland. Di sana, beliau bersekolah Holyrood Secondary dan Anniesland College.
Bagaimana Bermulanya Jeju Muslim Travel
Menurut Kina, pertama kali bercuti bersama 2 orang rakan ke Pulau Jeju ketika itu membuatkan beliau jatuh cintadengan kecantikan pulau Jeju. Ketika itu beliau baru sahaja menghabiskan pengajian ijazah di Universiti Teknologi Mara, (UiTM) Shah Alam. Disebabkan kecantikan Pulai Jeju, beliau berhajat untuk menyambung pelajaran di sana dan tak disangka di terima masuk untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Jeju National Universiti.
Walaupun mendapat biasiswa, namun kos sara hidup yang tinggi membuatkan beliau melakukan pelbagai kerja seperti personal shopper, menjual kosmetik korea, mengajar bahasa inggeris dan mengambil upah lukis.
Hanya bermula dengan mendapat mesej dari rakan di media sosial bertanyakan tentang lokasi menarik di Jeju, terdetik di hatinya untuk menjadi pemandu pelancong memandangkan terdapat masalah perlu diatasi termasuk mencari makanan halal, bahasa Korea dan kenderaan untuk pelancong yang baru. Tak sangka mendapat sambutan sehinggalah beliau memulakan Jeju Muslim Travel pada tahun 2015.
Pernah Menerima Tun Dr Mahathir Mohammad Sebagai Tetamu

Tur Dr Mahathir Mohammad juga pernah menjadi tetamu Jeju Muslim Travel melalui surat yang dihantar oleh Kina kepada Tun. Di dalam surat tersebut Kina menceritakan keindahan dan kecantikan Pulau Jeju membuatkan Tun berkenan untuk berjumpa team Jeju Muslim Travel ketika lawatan beliau ke Jeju.
Kejayaan Demi Kejayaan diukir
Selepas mewujudkan Jeju Muslim Travel, bermula hanya 8 pelanggan sebulan sampailah mencecah 250 pelanggan sebulan. Jeju Muslim Travel berjaya memikat AirAsia untuk membuka laluan terus penerbangan ke Jeju dari KLIA. Jeju Muslim Travel satu-satunya syarikat pelancongan Malaysia berdaftar dan berlesen dengan Jeju Tourism Organization.
Selepas kejayaan memikat AirAsia untuk membuka laluan terus ke Jeju, Kina dan suami mendapat ilham untuk membuka perkhidmatan Kereta Sewa Jeju untuk menarik lagi pelanggan terutamannya kepada mereka yang berminat untuk meneroka Jeju secara sendiri.

Oleh kerana minatnya terhadap pelancongan, beliau dan suami berpakat menubuhkan The Muslim Travel Company. Syarikat ini akan membuka pengembaraan ke negara-negara lain serata dunia. Menurutnya, The Muslim Travel Company akan bermula tahun ini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang amat tinggi terutamanya dari Jeju . Antara destinasinya Turki, Iceland, New Zealand, Australia dan Balkan.

Terbaru Jeju Muslim Travel telah melancarkan pejabat pertama mereka di Jeju Masil Geusthouse yang terletak di Bandar Jeju, berdekatan dengan lapangan terbang Jeju. Kemudahan yang disediakan amatlah sesuai terutamanya untuk yang beragama islam kerana terdapat surau dan bilik air persendirian. Kemudahan lain, terdapat juga parking awam.
Kesusahan dan kejayaan yang ditempa sangat memberi inspirasi kepada anak muka terutamanya yang minat mengembara. Anda pula bagaimana? walau apa pun kita pekerjaan yang kita lakukan, jika kita punyai minat yang tinggi, usaha yang berterusan, dan sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah, insyaAllah kita juga boleh berjaya seperti Kina. Yakinlah rezeki Allah itu pasti.
Nak lihat betapa indah dan cantiknya Pulau Jeju? boleh ikuti instagram Kina di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Pulau Jeju dan perkembangan bisnes beliau.