HalalXPlorer Logo
cara mengambil gambar lebih cantik ketika travel
20 September 2023

Ini Dia Teknik Asas Fotografi Yang Anda Perlu Tahu Supaya Hasilkan Gambar Menarik Sewaktu Travel !

Kongsikan:

Zaman moden ini, kesemua keperluan kita sudah berada dalam telefon bimbit kita. Termasuklah kamera bagi mengambil gambar. Pelbagai telefon bimbit berlumba-lumba mengeluarkan ciri kamera yang hebat bagi menarik minat pembeli. Namun, secanggih mana pun kamera telefon anda, teknik mengambil gambar sangatlah penting untuk memastikan gambar yang diambil kelihatan cantik. Kali ini kami kongsikan kepada anda 10 teknik yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan gambar yang berkualiti bagi menyimpan memori travel anda.

1 – Gunakan Stabilizer / Tripod

Untuk mengelakkan gambar yang dihasilkan menjadi kabur, bergoyang, anda boleh gunakan stabilizer atau tripod. Peralatan ini lebih berguna jika anda merakam video bagi menghasilkan vlog ataupun video pendek yang mahu dimuatnaik di aplikasi TikTok.

image 5

2 – Gunakan Telefon Pintar Yang Dilengkapi Dual Kamera

Kelebihan menggunakan telefon pintar yang mempunyai sekurang-kurangnya dual kamera adalah anda boleh menghasilkan ‘Bokeh Effect’. Gambar lebih cantik bila subject yang difokuskan lebih menonjol dan latar belakang menjadi kabur.

image 6

3 – Gunakan Tetapan Manual

Gunakan tetapan manual untuk mengawal ‘esposure’, ‘balance’, ‘ISO’ dan ‘shutter speed’ bersesuaian dengan pencahayaan. Gambar anda akan nampak lebih professional.

image 7

4 – Gunakan Teknik Simetri

Bila anda meletakkan subjek anda di tengah-tengah, gambar akan lebih nampak simetri dan seimbang antara bahagian kanan serta kiri.

image 8

5 – Fokuskan Subjek di titik Pertembungan Grid / Rule of 3rd

Teknik ini akan menghasilkan gambar lebih menarik dan seimbang antara latarbelakang dan subjek anda.

Image result for photography rule of thirds
Kredit Foto: Pinterest

6 – Gunakan Grid Mendatar dan Menegak Sebagai Rujukan

Jadikan grid mendatar dan menegak sebagai rujukan untuk menghasilkan gambar seperti di bawah. Perhatikan langit dan lautan di bahagikan dengan garis lurus mendatar.

Image result for rule of thirds
Kredit Foto: Phototraces

7 – Close Up

Gambar ‘Close Up’ lebih menarik kerana lebih mengfokuskan subjek dan menghasilkan gambar yang lebih terperinci seperti di bawah.

Related image
Kredit Foto: Brandon Kusher

8 – Teknik Pantulan

Anda boleh menggunakan cermin, lopak air, sungai, laut, bangunan bercermin, permukaan berkilat dan lain-lain lagi.

Image result for puddle reflection photography
Kredit Foto: Richardsnotes

9 – Gunakan ‘Leading line’

Cari leading line yang mengfokuskan subjek anda.

image 9
Kredit : David Flower

10 – Frame dalam Frame

Contoh frame yang anda boleh gunakan adalah tingkap, pintu, pintu gerbang, dan lain-lain objek di sekitar subjek.

Image result for frame in frame photography
Kredit Foto: Filmstillphotography

Belajar sesuatu dari tips kali ini? jangan lupa kongsi untuk orang lain sama-sama belajar dengan kita. Semoga bermanfaat.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA