Anda berada di Bangi? Kami cadangkan anda untuk singgah makan di Restoran Mak Kimbong di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bandar Baru Bangi.
Restoran Mak Kimbong ini telah memulakan operasi sejak tahun 2006 lagi. Pemiliknya ialah seorang usahawan muda yang memulakan perniagaan sebaik menggenggam segulung ijazah.
Nama Mak Kimbong ialah nama ibu mertua kepada pemilik restoran.Beliau lah yang mula-mula merintis air tangan menu masakan kampung resepi turun temurun. Asalnya Mak Kimbong ialah tukang masak kenduri kahwin di kampung.
Restoran Mak Kimbong menjanjikan kualiti makanan dan perkhidmatan layanan yang baik dan harga yang berpatutan.
Uniknya, restoran ni menyediakan pelbagai juadah bermula seawal 7 pagi untuk sarapan, makan tengahari, dan minum petang sebelum ditutup pada jam 5 petang.
Apa yang istimewa ? Pada sebelah pagi, antara menu yang dihidangkan adalah roti canai, nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk,mee kari dengan 5 ekor udang galah, lontong, soto, pulut kuning, aneka mee dan nasi goreng, dan pelbagai pilihan kuih-muih. Jemput tengok gambar dulu.
Di waktu tengahari pula, ada puluhan pilihan lauk-pauk dan masakan kampung untuk anda pilih.
Antara yang menarik adalah sotong gergasi bakar, ikan bakar, ulam ulaman, 13 sambal colek yang pasti membangkitkan selera makan anda.
Paling menarik adalah set ayam beranak tempayan yang memang tak dapat dijumpai di tempat lain.
Sotong Gergasi Bakar disini, sangat lembut dan segar. Kuah istimewa yang dicurah di atas sotong tu sangat sedap.
Di waktu petang pula, ada cucur udang dan pelbagai gorengan sampingan lain untuk anda makan ringan-ringan. Memang terliur dan terbayang kerangupan cucur udang disini.
Harga makanan pula sangat berpatutan menjadikan kita sangat puas hati dengan kualiti makanan yang kita dapat. Jadi, jika anda ke Bandar Baru Bangi jangan lupa jadikan Restoran Mak Kimbong sebagai tempat memenuhi selera anda ya !
Alamat
- No 17, Jalan 4/1a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
- Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/m6et78QocKn2PDsu5
Waktu Operasi
HARI | MASA |
ISNIN | TUTUP |
SELASA | 7AM-5PM |
RABU | 7AM-5PM |
KHAMIS | 7AM-5PM |
JUMAAT | 7AM-5PM |
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
- Laman Web : https://makkimbong.geniuspos.com.my/
- Telefon : 01151866314
- Facebook : https://www.facebook.com/restoranmakkimbong
- Instagram : https://www.instagram.com/makkimbong
- TikTok : http://www.tiktok.com/@makkimbong
- Whatsapp : https://wa.me/60173340319