Negeri Sembilan memang sangat terkenal dengan masakan salai dan masak lemak cili api. Disini kami nak kongsikan satu restoran di Pedas Linggi yang menghidangkan pelbagai lauk salai.
Restoran ini dinamakan Resipi Grobok Salai. Terletak di Kampung Kundur Hulu, Pedas, anda pasti akan nampak dan tidak terlepas papan tanda restoran yang besar berwarna kuning. Cara untuk sampai ke restoran ini adalah dengan mengambil susur keluar Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Pedas/Linggi.
Selepas keluar daripada plaza tol Pedas/Linggi, ambil simpang kanan di lampu isyarat, tidak jauh dari situ anda akan melihat restoran Resipi Grobok Salai di pinggir jalan.
Selalunya, memang penuh di sini terutama sekali waktu makan tengah hari. Kalau boleh, pastikan anda datang awal untuk mendapatkan tempat letak kereta dan tempat makan yang selesa. Restorannya tidak terlalu besar, tetapi tidak juga terlalu kecil.
Menu utama di sini tentulah daging salai masak lemak cili api, tetapi mereka juga menyediakan masakan masak lemak bersama dengan bahan berbeza seperti udang galah, puyuh, ikan, ayam dan paling istimewa, itik salai.
Selain itu, ada juga masakan goreng, berlada dan bersambal. Kalau anda penggemara masakan pedas, memang wajib cuba disini.
Harga Dipamerkan
Antara perkara paling kami sukai dari restoran ini adalah harga bagi setiap menu dah terpampang besar-besar, memang mudah untuk pengunjung memilih dan membuat pengiraan.
Dengan suasana yang berangin, redup dan selesa, pengalaman makan di sini cukup seronok. Untuk menikmati hidangan masakan orang nogori yang sebenar, pastikan anda singgah ke Grobok Salai bila singgah ke Negeri Sembilan nanti.
Alamat
- Resipi Grobok Salai, Kampung Dato Abdul Samad, 71400 Pedas, Negeri Sembilan
- PETA LOKASI GOOGLE MAPS : https://goo.gl/maps/ggsaDxCiAt3dQZ4bA
Waktu Operasi
Isnin | TUTUP |
Selasa | 10am–5pm |
Rabu | 10am–5pm |
Khamis | 10am–5pm |
Jumaat | 10am–5pm |
Sabtu | 10am–8pm |
Ahad | 10am–6:30pm |
Informasi dan Maklumat Lanjut
Facebook : https://www.facebook.com/resipigroboksalai
Telefon : 019-691 8619