Melaka adalah satu negeri yang kaya dengan sejarah, khazanah alam dan juga destinasi-destinasi unik. Rasanya rugi kalau anda ke sini tetapi tidak meneroka ke seluruh bandaraya Melaka dari pelbagai sudut.
Kalau nak mudah apabila melawat Melaka adalah dengan menaiki lawatan menggunakan kenderaan 2 alam Melaka Duck Tours.
![Harga Tiket Terkini Melaka Duck Tours ! [Kemaskini 2023]](https://myhalalxplorer.com/wp-content/uploads/2023/01/15774625_1219984214748782_3198724854416913070_o-1024x683.jpg)
Melaka Duck Tours adalah suatu pengembaraan di darat dan dilaut dengan menaiki kenderaan ampbhia yang pertamanya di Melaka .
![Harga Tiket Terkini Melaka Duck Tours ! [Kemaskini 2023]](https://myhalalxplorer.com/wp-content/uploads/2023/01/128606407_10224762176503293_884636718780135716_n.jpg)
Objektif Melaka Duck Tours ialah menarik pelancong untuk mengalami dan menyaksikan keindahan Melaka di darat dan laut dengan melawat bandaraya ini menggunakan kenderaan dua alam.
![Harga Tiket Terkini Melaka Duck Tours ! [Kemaskini 2023]](https://myhalalxplorer.com/wp-content/uploads/2023/01/15626006_1215354148545122_1128093569958872915_o-1024x683.jpg)
Anda boleh merasai sendiri pengembaraan bersamanya di sekitar bandar Melaka sehingga menyusuri laut selat Melaka sambil menikmati panorama yang cantik dan dapat melihat matahari terbenam di waktu senja .
Perjalanan menggunakan kenderaan 2 alam ini adalah selama 45 minit.
Harga Tiket Melaka Duck Tours
- Dewasa (Warganegara) - RM 42.00
- Kanak-kanak (Warganegara) - RM 25.00
- Dewasa (Pelancong Asing) - RM 48.00
- Kanak-kanak (Pelancong Asing) - RM 30.00
Waktu Operasi Melaka Duck Tours
- 9.30 Pagi - 6.30 Petang
Alamat
- Melaka Duck Tours, Jalan Merdeka, 75000 Banda Hilir, Melaka